Bebaru ni, saya (guna perkataan formal jap) terbaca sebuah luahan hati seorang teman. Dia menyebut,
"Kenapalah susah sangat mau dapat bilangan followers untuk blog ni.."Keluhannya itu ikhlas, saya dapat merasakan suatu desakan dari ayatnya, menuntun untuk menjadi blogger berjaya. Nama tidak akan saya sebutkan, kerana saya mahu jadikan entri kali ini bersifat umum dan bukan ofensif kepada dia. Nanti dia terasa sungguh, dibloknya pula blog saya ni.. *Saya pun orang baru dalam dunia blog ni, jadi ndak boleh nasihat banyak sangat. Nanti nampak trep veteran pulak.*
OK, kawan. Perkara pertama yang anda patut tahu pasal blog ini adalah tujuan blog itu sendiri ditulis. Ramai memilih untuk hidup sebagai blogger kerana inginkan populariti. Saya tidak menentang itu--malah pada suatu ketika--saya pun rasa ingin popular jugak. :P
Actually, tujuan sejati blog bagi saya adalah untuk menjadi diri sendiri. Mengekspresikan diri sendiri secara public ternyata sangat sukar, maka saya gunakan blog sebagai perantara. Saya suka bercerita sesuatu sambil menutup wajah; menjadi tukang karut. Bagi saya, inilah saya.
Kita tidaklah perlu jadi seperti dia:
Dia:
..dan dia:
..untuk jadi terkenal. Biarlah kita jadi famous with our own ways dan perbezaan dengan mereka yang disebutkan di atas. Dengan ketidaksamaan itu, kita menjadi satu lagi hidupan yang unik. I mean, its quite cool to look like one of the above.. but then, you will start to lose your own identity. Dengan blog, kita mampu menonjolkan diri kita yang sebenar. Kiranya macam kita menceritakanlah diri kita kepada masharakat tanpa mengharapkan sanjungan.
Jenis blog yang cool:
Blog juga dikatakan sebagai wadah ideologi. Dari kapitalisme sehinggalah non-partisan, blog tidak pernah gagal dalam mempengaruhi masyarakat. Saya paling suka blog ideologi Dr Faisal Tehrani di sini. Terlalu padat dengan ideologi apologetik-Syiah beliau.
Saya suka kepintaran beliau menyindir 'mereka yang bertakhta di atas'. Ayatnya tidak pernah mengecewakan saya, bahkan pada suatu masa menguatkan semangat saya untuk memperjuangkan hak beragama bagi mazhab Syiah di Malaysia.
Manakala, dapat juga blog digunakan sebagai rujukan ilmiah (para pensyarah selalu ada blog untuk tujuan ini). Bog jenis ini lebih terikat pada formaliti dan sukatan. Kecuali pada bahagian refleksi subjek, penulis tidak punya kebebasan untuk mengekspresikan dirinya. Kerana apa yang ditulisnya, itulah yang patut berada di dalam sukatan. Contohnya ini dan ini.
Last sekali adalah blog fakta. Lebih kurang macam mau buat ensiklopedia. Jenis ini memang yang paling popular, lihat saja SeriusBlog yang mencapai lebih lima juta pageviews. Blog ini tidak terikat pada apa-apa format,bebas untuk penulis untuk meluahkan pendapatnya berkenaan subjek atau fakta yang beliau hidangkan. Cuba layari SeriusBlog tu, siap ada caci maki lagi. Dari cerita artis, sehinggalah ke cerita seram dan sehinggalah ke cerita teknologi dsb.
Sebenarnya ada banyak lagi jenis blog, contohnya blog perniagaan dan blog teoritisme. Ada banyak lagi. Malas mau tulis.
Dah tu, kembali kepada persoalan: perlukah seorang blogger menjadi famous?
I think she/he has the freedom to be what her/his dream want him/her to be. Kalau memang dah craving sangat jadi famous, why not?
Yang penting kita bahagia. Inikan after all, blog kita. SO, mereka yang mahu famous tu, teruskan usaha. Jangan sampai tahap sabotaj blog orang dahla, okay?
The difference between school and life? In school, you're taught a lesson and then given a test. In life, you're given a test that teaches you a lesson :)
-Wal Ikram-
No comments:
Post a Comment