Wednesday, March 16, 2011

Kenapa Aku Lemah

Salam..

Suatu persoalan yang kerap bermain di kepalaku kini adalah apabila mengenangkan segala kelemahanku dalam menundukkan nafsu. Tolong open-minded, ni bukan nak cerita blue. Ini cerita seorang hamba yang selalu kalah pada perasaan manusiawi.


Aku Terhadap Diriku

Setiap kali masuk solat, aku mesti sambalewa. Azan tu macam ndak ada apa-apa kesan padaku, aku buat 'derk' ja. Mesti ada delay beberapa minit (kadang-kadang sampai berpuluh minit) baru ada kesedaran untuk bingkas menuju ke surau. Tu OK lagi ..


Kisah seorang pemuda yang mati disiksa di Oman
amat menginsafkan. Jelas-jelas Allah SWT sudah bagi bukti,
Kita sambillewa.. astaghfirullah.
Paling 'kick gam' adalah bila rasa malas memberati betisku. Pelbagai alasan dilontarkan nafsu ke dalam hati kecil dan lemah ini. Bukan imanku tidak mencuba untuk melawan kemalasan itu, namun magnitudnya kadang-kala terlalu tera untuk dioverwhelm.


Aku sedih juga time orang bergegas ke surau, aku dok sibuk dengan Facebook atau cuci kain. Aku rasa hiba juga bila aku tiba ja ke surau pada waktu Maghrib, jemaah sudah bersurai. Hari-hari begitu, tiada berubah.. :(


Dalam solat, akulah paling menang berimaginasi. Teringat hutanglah, assignmentslah.. semuanya menerpa kotak fikiranku. Sekarang aku cuba untuk mencari petua untuk mendirikan solat yang khusyuk. Kalau anda readers ada ilmu pasal benda ini, maka jangan segan-segan komen.


Nak lebih serius teruk? Time doa.. panjang giler. Aku suka doa banyak-banyak. Doa ampun dosa,murah rezeki,jauhi bala etc, dsb. The funny part is, apabila sebuah majalah 'menegur' perbuatanku itu.


Diceritakan bahawa suatu hari Saidina Umar r.a sedang duduk di tepi sebuah musolla. Beliau memerhatikan seorang pemuda yang sedang solat. Cepat, ringkas dan terburu-buru saja galaknya. Sesudah lepas solat, berdoalah dia. Alangkah peliknya Saidina Umar r.a tatkala mendengar doa lelaki itu panjang berjurai-jurai. Beliau tersenyum dan menunggu habis doa pemuda tadi. Seusai saja habis dia berdoa, Saidina Umar r.a memanggilnya, lalu berkata, "Wahai pemuda, mengapakah permintaanmu panjang sedangkan solatmu terburu-buru?" sambil beliau tersenyum.


Haha, kesian pemuda tadi. Tetapi di sebalik cerita yang agak lucu itu, diriku dihambat dengan pengajarannya. JANGAN SOLAT TERBURU-BURU!


Anas bin Malik r.a pernah meriwayatkan bahawa Baginda SAW pernah bersabda, "Lelaki itu orangnya munaafik. Solatnya seperti burung merpati mematuk-matuk ke tanah.."


Solat terburu-buru menjadi atribut orang munafik!
Balik kepada kisahku (ianya masih jauh dari noktah).


Aku Terhadap Saudara SeIslamku


Serius cakap, aku paling lemah bila bercakap pasal bab dakwah face-to-face ni. Aku jarang menegur (pernahkah aku tegur) mereka untuk berhenti menghisap rokok, berhenti buat maksiat atau berhenti menyakiti hati saudara sendiri. Aku rasa indirectly became their coalition, and I hate that fact.


Terus-terang, aku kecewa dengan most of my friends (dan secara langsungnya, diriku juga). Aku benci mereka yang meruntuhkan agama dengan meninggalkan solat. Aku benci mereka yang mencemarkan Islam dengan mengotorinya via 'extreme-coupling'. Aku paling benci bilamana aku tidak punya kudrat untuk menghentikan semua itu. Takut saja bila ditanyai di Mahsyar nanti, kenapa aku tidak cuba untuk menghentikan mereka.                                                               


Bila azan berkumandang, hatiku sukar untuk mengajak sahabatku ke surau. Entahlah, padahal benda tu bukannya berat sangatpun. Cuma perlu buka mulut lepas tu lafaz something like, "Jum, solat!" atau "Ayuk kita sembahyang!". Aku rasa sungguh lemah bila saat seperti itu datang.


   Hate James Bond.. he is such a
 notorious character to be taken as a model
Dan ini yang paling aku anti pada diriku (can't stop blaming myself..).. aku sungguh lemah untuk menasihatkan rakan-rakan 'kamikaze nikotin'ku. Aku tidak ada daya untuk menegur tabiat merokok manusia. Aku benci nafas mereka, seperti membakar hati zahir dan batinku. I hate the way they puff the smoke and blow it right to my face, as if they are James Bond or something. Aku gelisah bagi setiap kali sedutan memasuki sistem mereka. Tiada yang sedar mungkin, betapa risaunya aku. Wahaha~kenapalah aku perlu risau pulak, erk?


Bila adegan puntung rokok bertukar mulut, jiwaku meronta. Cukuplah dia bunuh dirinya sendiri. Why bother killing others!?


Aku hanya mampu berdiam (cuba baca previous post: 'Silence'). Aku lemah. Sangat lemah.

"Do you know why smokers never get old?""No, why?""Because they died younger.."

No comments:

Post a Comment

Ohana :)