Tengah hari tadi masa aku syok cari bahan untuk blog, pintu bilikku diketuk. Aku yang bersantai di atas katil sambil bertiarap menaip, terus menghentikan taipan.
"Masuk," pelawaku, sebelum kumenyedari bahawa tombol pintu terkunci dari sebelah dalam. Bingkas aku bangun dan menekan selak. Pintu dikuak..
"Sin, jum makan!" pinta Ardie. Mendung di luar semakin tebal. "Velo bukakkah, arh?" sambungnya.
"Macam mau hujan jak ni, Ardie.." . Soalannya tidak aku jawab.
"Jadi macamana?"
"HUKMlah.."
"Yuklah, kita pinjam motor Din.."
Aku meragut dompet yang berletak di atas meja belajar, begitu juga Sony Hazel J20iku. Hehe~
Setelah semua siap, maka bergeraklah aku bersusul. Si Ardie yang turun lebih awal, sempat pula menegur Ainul yang sedang menjemur kain serta Faiz yang duduk bertinggung di depan student center. Barisan motorsikal yang berletak menyukarkan usaha mengenalpasti motor Encik Izzuddin (credit to him).
"Hah, nampak!"
Pantas kunci motor dibuka dan enjin motor dipanaskan. Aku terus melompat di tempat duduk belakang, menyesuaikan badan sebelum Ardie memulas minyak perlahan-lahan. Perlahan-lahan, motor Wave biru itu berderum..
Aku pilih @$%#*(@!! (I guess, menu makan tidak perlu diberitakan di sini. Bikin malu ja..)
Menikmati juadah dengan sepenuhnya, sehingga menjilat jari. Aku mahu saja menjilat jari kaki, nasib baik khalayak di situ.
Tengah syok menelan nasi, hujan lebat bertaluan membasahi bumi. Sekejap saja, jalan turap ditakungi air. Sejuk amett masa tu, menyesal beli air soya berais. Alamat selesemalah esok. Ardie mulai risau, sedang aku habis awal. Nasiku tidak habis, kan 'enak'~ jadi itulah..
Hari makin suram. Bau tempias air hujan makin kuat, kelam semacam. Dalam hati berbisik, "Bestnya tidur nii..". Entah apa pula yang difikirkan si Ardie. Tidak pula aku mahu meneka.
"Jadi, tunggu redala?" tanyanya. Aku berfikir sejenak, memantau cuaca yang semakin mengganas.
"Tunggulah, Di."
Maka kami menunggu. Dekat lima belas minit begitulah, aku mula fed-up. Bilalah mahu berhenti, sang hujan ini.
"Jumlah, kita reda jak," pelawaku. Mengangguk. Terus mahu tunjukkan aku spot terbaik menatap menara KLCC. Aku bungkus si Hazel dengan kain bajuku, terus bertempiaran memijak lopak-lopak jalan.
Beriringan dengan tangisan alam, kami berlari sokmo meredah kebasahan. Ahh, sudah lama tidak bermain hujan. Aku sengaja memperlahankan gerak langkah, saja.. mahu merasakan indah yang sudah dekat tiga tahun tidakku rasakan: bermain hujan. Heck cool !~
Sesampai saja di tangga (which ada atap.. bolehlah sebagai temporary shelter), si Hazel menjalankan tugas. Snap sana, snap sini. Semuanya mahu dirakam, hatta setiap titik hujan itupun--kalau ia boleh--dirakamnya. Memang greenish jugaklah semua scene masa tu. Naluri jurugambar berkocak.
Basah sampai blok. And no, aku tidak akan selesema.
"Ada suatu ketika di dalam hidup kita di mana, anak yang kita besarkan menggigit jari yang menyuapnya dengan nasi: sama seperti yang telah kita lakukan kepada ibu bapa kita dahulu"
No comments:
Post a Comment