Salam
Sudah lama aku tidak mengepos apa-apa gambar di sini. Maka, untuk entri kali ini, aku melampirkan beberapa kepingan gambar beserta penerangannya sekali. Harap terhibur!
|
Tangki ini sangat ironis dengan latar belakang dinding yang dicat jingga kelam. Aku tidak tertarik dengan itu, tetapi ada sesuatu yang berlegar di kepala ketika menangkap gambar ini. Berapa lama sudah ia berkhidmat? Berapa generasi telah ia bekalkan dengan air? Persoalan-persoalan sebegini tidak dapat aku lari. Aku trauma dengan dua pertanyaan di atas. Berapa? |
|
Kanak-kanak ini kutemui ketika sedang menghadiri sebuah majlis akad nikah. Wajahnya sangat comel, dengan gayanya cuba menggigit seorang budak lelaki yang memangkunya. Abangnya, mungkin. |
|
Majlis pernikahan yang sangat diberkati. Aku harap kedua belah mempela berjaya merenangi lautan rumahtngga dengan seadanya, dan aku mengaminkan doa, moga dimurahkan rezeki serta dipanjangkan umur. Harap berkekalan sehingga ke pintu Jannah. Amin.. |
|
Majlis munakahat yang sama seperti di atas |
|
Keramaian jemputan menghingar-bingarkan sebentar Surau Jumaat As Syakiriin. Ketika tuk kadi melangkah masuk dengan fail berwarna hijau di tangan kanan, semua mata terarah kepadanya. Berjubah putih dengan pancar mistik seorang ulama, siapa yang tidak terpegun dengan karisma beliau. Si pengantin lelaki tersenyum simpul. |
|
Lembaga. Aku benci foto yang kabur, namun untuk yang ini, aku beri pengecualian. Sangat.. |
|
Matahari kawannya Awan. Bila Matahari panas sangat, Awan jadi pelindung kulit si puteri lilin. Dan bilamana Awan terlalu kusam penampakannya, Matahari bersinar mengeringkan pakaian ibu. Aku suka dua entiti agung ini. Banyak pengajaran yang aku dapat dari drama yang mereka berdua lakonkan. |
|
Aku tidak tahu dengan kuasa apa, namun bulu tengkukku tiba-tiba berdiri tatkala aku dengan Aizat bermotor, melintasi kawasan pokok tua ini pada suatu malam yang agak lewat. Seakan-akan ada sepasang mata sedang memerhatikan kami di balik juntaian akarnya yang berselirat menggenggam erat bumi. Ketika saja aku berpaling.. |
|
"Guru"
Aku juga akan jadi sepertimu. |
|
Melalui lensa, semuanya nampak maya. Semuanya kayanagn semata. Semuanya sarat dengan dusta, dengan air mata. Sedang realiti hidup tidak semudah kanta. Realiti hidup perlu ditempuhi, sukar mahu senang. Aku jujur, tidak pernah faham, mahupun fakih dengan kehendak dan keperluan dunia. Aku hanya menjalaninya dengan sepenuh daya. |
|
Warna emas semakin membesar. Sepertinya ada suatu di sebelah sana ingin melepaskan diri . Naga, mungkin?
*hentikan sandiwaramu, Yassin*
Baiklah. |
|
Beberapa detik sebelum di emas melanda. Alam masih lembap dilapisi kabus nipis, sedang udara masih basah dengan embunan rahmat. Sungguh meriah pagi itu, dengan kicau burung di kejauhan dan bunyi enjin dihidupkan. Aku rindu kampungku. |
|
Dari tingkat tiga. |
|
Membuang pandangan keluar tingkap. Kamera sudah siap di genggaman, menanti sesuatu terbit dari gelap malam. |
|
Subhanallah..
"Sucikanlah nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi, yang menciptakan dan menyempurnakan [penciptaan-Nya], dan yang menentukan kadar [masing-masing] dan memberi petunjuk,"
Surahtul A`laa, ayat 1-3 |
|
Pasit tumpang kereta,
Ke destinasi tiada tahunya,
Hanya mampu berserah,
Pada tujuan si pemandu kereta. |
No comments:
Post a Comment