Salam..
Kelmarin aku betul-betul dikecewakan.. dua kali perkara itu berlaku dalam masa sehari. Sabar je la, mungkin memang salahku.
Jarak masa antara dua kejadian adalah kira-kira sepuluh jam. Satu berlaku di koridor menghala ke surau, manakala satunya terjadi semasa kelas Bahasa Inggeris. Ucapan dua orang ni pedih giler..tapi aku tahan. Sahabat kan, mana bolah ndak maafkan..
Aku kadang-kadang berasa hairan, apalah sangat yang ada dengan diriku ini, sampai dia tunjukkan kecemburuan yang ekstrim sangat. Bukan sekali aku mencuba untuk menjawab teka-teki ini.. kadang-kadang naik benci jadinya.. So instead of marah-marah, aku pendam rasa. *tidak suka bila terpaksa berasa marah*
Pesanan ni general, bukan bersifat mengkritik atau mengejek. Cuma kalau bergurau @ menegur tu agak-agaklah. Maaf kalau terasa, saya memang bertujuan untuk berbuat begitupun..
Sekarang perasaan marah tu sudah beransur hilang, entahlah. Akupun bingung dengan diriku.
Sekian jakla..wassalam :()
"The very best thing man can do for his friends is to always think that they are his friends"
No comments:
Post a Comment