Friday, March 4, 2011
Ndataula..
Salam..
Lewat jam 1.00AM tadi, aku telah melakukan beberapa refleksi berkaitan hidup. Terima kasih kepada seorang saudara kerana menimbulkan isu yang sangat bermanfaat.
Selama ini, ada juga bisikan yang berupa soalan-soalan yang telah akhi ini ajukan. Tapi aku hiraukan, tidak endah sangat. Entah bagaimana malam itu, hatiku mengalah untuk membincangkan beberapa persoalan tadi.
"Hidup kita ni.. ..ndaktaula"
Sungguh aku terkesima ketika cuba menjawab soalan saudara ini. Setelah dekat 19 tahun hidup, baru aku sedar betapa banyaknya terbuang masaku. Dari aku mula-mula melihat dunia sehinggalah aku mula belajar merangkak; semuanya seperti tiada makna lagi. Dari kacamata prospek, aku hampir mati.
Perkataan "ndaktaula" tu macam pisau kowt. Dalam ia menusuk ke dada..mencabutnya adalah suatu tindakan kurang bijak saya kira, sebab memang berasas pun.
Perkataan "ndaktaula" seakan-akan menghujat diri akan tidak bermaknanya hidup kurniaan Tuhan ini. "Ndaktaula" semacam mengungkap putusnya harapan. Imaginasiku terus melayang pada takdir di kubur nanti..
Ya Rabb, betapa selama ini aku pandang enteng saja perihal begini, sedangkan inilah satu-satunya cara aku menghargai hidup. Inilah saja cara yang ada untuk memberikan nyawa kita ini penghargaan.
Ndaktaula..
Apa makna 'assignment'?
Mungkin antara soalan yang terkritis yang pernah aku dengar dari mulut seorang sahabat. Apa makna 'assignment'..
Bila difikir-fikir balik, betul jugak. Bertungkus-lumus aku menaip dan mengorek segala macam rujukan hanya untuk menyiapkan sebuah folio. Kadangkala, aku rasa tidak berbaloi. Ada waktu ketikanya pula, diriku rasa kosong denga rutin berterusan ini. InshaAllah, aku akan cuba mengubah keadaan ini dan mempelajari sesuatu darinya.
Hidup serasa robot
Soalan ini yang paling mengganggu perasaanku.
" Esok pagi bangun, mandi, minum dan bergegas ke kelas. Balik dari kelas, tidur sekejap dan ke kelas semula. Lepas habis kelas, tidur petang, mandi dan ke surau untuk Maghrib dan Isya' dan akhirnya malam buat 'assignment' sampai lewat malam. Atau ber'Facebook'. "
Inilah yang berlaku setiap hari. Berulang-ulang lebih dari sekadar karma, dan di akhirnya, aku yang menyesal.
Sewaktu bermuhasabah dengan saudaraku tadi, aku terfikir kenapa aku memilih untuk hidup seperti ini. .u_u.
Sangat terasa aku bila dia sentuh bab iman, lagilah 'kick'. Aku ndak mau kongsikan di sini sebab hal peribadi..
Fikir dua kali, memang benar firman Allah dalam Sura Al-An'am, ayat 32:
"Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
18PL
18SG
18SX
1Malaysia
aneh
awan
cats
death
debat
education
ekspedisi
ekspedisi ironis
ekspresi
esei panjang
evil
falsafah
gembira
hahahaha :D
hiding somewhere
indah
informasi
irony
jiwang
kagum
kalah
karma
kawan
kehidupan
kejam
keluarga
kerjaya
lol
luv
malam jumaat
maruah
memori
merdeka
misteri
nilai moral
novellah konon
obsesi
pendidikan
perasaan
picture
politik
projek
puisi
rawak
rindu
sedih
sentimen
seram
siraah
sorry
takut
tazkirah sket
UWEEKK
video
yum yum
No comments:
Post a Comment