Monday, April 18, 2011

Bersama Manusia Hebat (Bahagian 1)

Salaam/Regards,

Baru-baru ini, saya dan dua orang sahabat rapat telah berkesempatan melakukan aktiviti ronda-ronda Kuala Lumpur. Saya malas mau cerita dalam bentuk fonem dan morfem. Oleh itu, izinkan saya berkongsi sedikit gambar (bahagian pertama) dalam siri 'Bersama Manusia Hebat'. Aktiviti tidak ada perancangan, namun ia berjalan dengan lancar. Saksikanlah~


(P/S: Apa yang saya tulis mungkin tidak berlaku dalam situasi kami yang sebenar. Kreativiti saja-saja yang mendorong penulisan. Ianya mungkin betul dan mungkin salah.)

Baru memulai perjalanan (seingat saya ini di dekat Velodrum masih)
Setelah konsesus telah dibuat, maka kami telah berkeputusan untuk menggunakan motorsikal EX5 Dream milikan Aizat untuk. Helmet yang dipinjam, dibantai ja.. tidak diketahui milik siapa. Maka dalam perjalanan ke Time Square untuk menyambut ketibaan Sharynol (akan menyusul), sempat juga saya mengabadikan beberapa keping gambar untuk dijadikan tatapan.

Aizat tunggang punyalah laju, sampai 100KM/J.. huhuu~gilo tak gilo, itulah adat dan budaya trafik Kuala Lumpur. Bergerak perlahan--anda akan dilabel lembap. Di Tawau; tiada semua ini, aman sentosa saja adanya. Memang beza jauh sungguh.

Kehidupan bandar metro Kuala Lumpur umpama tiada tidurnya. Aktiviti di sana-sini, pusat sosial berteraburan di tepi-tepi jalan. Tidak pernah sunyi dari suara gelak hilai manusia dan kelipan lelampuan neon. Semuanya bersimbah nilai euforia dan materialistik semata.

Di sini, kasih sayang sepertinya tidak 'applicable'. Kemewahan jadi termometer insani, semuanya berdasarkan wang semata-mata. Kemeriahan lampu neonnya, beserta hilaian kupu-kupu malam hanyalah lapisan nipis yang mencuba untuk menutup parut serta luka moraliti. Tiada batas, tiada nilai.

My driver. Haha, dengan beg uniknya yang tidak pernah lepas dari bahu kiri. Entah apa ada dalam tu, pasir kot..
(teringat Garaa)
Pemanduan diteruskan, minyak ditekan dengan lebih kuat. Motor EX5 Dream berderum merentasi kesuaman cahaya mentari. Angin yang berderu memukul muka dan mengombakkan rambut. Fikiran berputar semula kepada persoalan-persoalan yang saya imaginasikan sebentar tadi.

Lebuh raya besar gila lapan lorong lagi tu.. di Tawau yang terbesar empat lorong ja.
Hadeilah~
"Apalah nak jadi dengan dunia ini.." dengusku. Di mana-mana; Sabah sampailah ke Pelis, keruntuhan akhlak sudah jadi bertih jagung manusia. Kalau dulu, seorang wanita berlaku maksiat, seluruh kampung benci. Sekarang, yang menutup maruah, menjaga mahkota itu pula dihina kolot dan mundur. Mereka ditusuk dengan tohmahan memusnah, atas alasan mempertahankan ke"kolot"an berpakaian tutup aurat.

Saya pernah berbisik dengan seorang teman, "Kalau beginilah namanya kemajuan, maka aku jadi manusia ang berada di barisan pertama, menolak kemajuan itu". Saya tidak akan mengubah pernyataan ini, dan harap dimaafkan--ianya tidak hanya untuk kaum Hawa, tetapi pesanan sarkastik untuk kaum Adam jua. Merekalah yang sepatutnya memimpin legasi bermaruah Muslimah, bukan dengan alasan "azzaniati wazzaniah.." mereka dengan entengnya menuding jari kepada kaum wanita yang lemah dan mulus, sambil mengambil kesempatan atas mereka.

Saya benci manusia jumud yang mengatakan, perzinaan dimulai dengan wanita semata-mata. Semuanya boleh jadi salah lelaki. Kalau sudah nampak terlondeh sana-sini, kenpa dicabuli dan bukan dipakaikan baju?

"Siin.. Yan sudah sampaikah!!" jerit Aizat. Suaranya tenggelam timbul dalam deruan angin yang bergeser dengan lentikan rekacipta dan betuk motor EX5nya. Menurut Hukum Bernoullli, sememangnya sukar untuk dia berkata-kata kerana bunyi bergantung pada medium untuk melakukan propagasi..

"SIN!!. ke mana kita ni?!" jeritnya lagi. Sambung deduksi. Memandangkan bergantung pada bunyi, maka relatif kepada kedinamikan serta komposisi medium yang terlibat. Semakin laju motor ini bergerak, semakin rendah tekanan dalamannya..

"SIIINN!!" Aizat menjerit sekali lagi. Aku hanya menyahut kuat iya, dalam keributan trafik serta lajunya lokomosi kami. Aku tersenyum.

"Ooppss!!" jeritku perlahan. Hampir saja berlanggar kami, sudahlah motor ni kecil.
Kalau bertembung, pasti kami terhumban.
Sampai suatu ketika, Aizat sampai di suatu lorong yang semakin menyempit. Terus teringat sitokinesis sel somatik yang telah menjalani proses telofasa.. haha.

Aizat memecut di antara sungai trafik yang semakin bertumpu dan padat dengan kereta Ada mewah, ada yang biasa, ada pula yang bercat metalik memantulkan sinar matahari, menyilaukan mata. Sesekali kereta mewah umpama Mazda kami lintasi, menyinarkan wibawa elegans dan kemahsyuran. Hal yang paling syok dalam reka bentuk kereta mewah bagi saya kesenyapan enjin yang mengagumkan dan lengkungan pada pinggang kereta. Dua aspek ini yang paling saya suka pasal BMW dan beberapa kereta mewah lain.

Pada suatu ketika dari pemanduan, motor kami nyaris bergesel dengan sebuah Proton Waja merah jambu darah monyet (seperti dalam gambar). Menggelecek ke kiri, ke kanan, seperti main bola tatkala lorong kesempatan cuba diraih.

Salah sebuah lebuh raya di Kuala Lumpur. Memandangkan hari panas dan cuti pulak tu, aku yakin kebanyakan warga kota masih bergumul dengan tilam empuk, bantal busuk mereka di bawah tiupan sederhana pendingan hawa. Ataupun berkebun sambil menghirup kesegaran udara pagi. 

Hihii..di sini, bukan kicauan unggas yang menyapa pagimu melainkan bunyi kren berdersik mengangkut bahan binaan. Tiada kokokan si ayam jantan, melainkan bunyi hon yang pelbagai. Bukan kabus tapi jerebu yang menyempitkan peluang untuk bernafas.

Silap fokus bha.. sebenarnya mau ambil gambar seorang lelaki tua sedang korek hidung
.. nasib dia baik
Perjalanan diteruskan lagi.. semakin dalam kami bergerak, ke perut kota yang sememangnya sesak dengan jerit pekik serta deruman enjin yang dipulas-pulas, menggertak kenderaan lain yang cuba memotong barisan. Saya hanya mampu tersenyum memerhati gelagat manusia yang kadang-kadang tidak rasional untuk dibuat seperti contoh; sanggup bertengkar di tepi jalan selama berpuluh minit, sedangkan kesesakan tidak sampai berapa minitpun..

Yang hebatnya bandaraya ini adalah semangat '1Malaysia' yang sangat kuat antara warganya. India, Cina, Melayu.. semuanya hidup dalam keadaan aman sentosa. Seorang wanita India bersari merah jambu, sedang menyapu halaman kedai sareenya, manakala si suami pula sedang asyik menekan punat mesin juruwang, melayan kehendak pelanggan. Di suatu daerah lain, seorang lelaki Cina sedang khusyuk melihat trafik yang lalu lalang, mungkin sedang berfikir pasal perihal ekonominya. Yelah, macam kata Tuan Radzi, "Orang Cina memang maju, itu budaya mereka..". Haha~

Aku rindu untuk melihat situasi begini berlaku di seluruh negara kita. Tenteram ja.. tiada perpecahanlah, apalah, itulah. Hadeii~bebaru ni pun, BN menang kerusi di Sarawak, hangpa pandai-pandailah susun, dah menang kerusi tu, jangan duduk saja (ehh!? masuk politik pulak).

Sampai sini, saya hairan, kenapa lain benar jalan yang Aizat ambil ni? Tanyalah dia, lepas tu dia marah. Hahaha.. tadi dia tanya Yan sudah sampaikah belum, saya main jerit ya ja kan.. nah, kena marahlah.. :P. Terpaksa buat putaran besar dan mengambil jalan jauh untuk sampai ke Time Square. Dan nasib baik dia pakar selok-belok jalan Kuala Lumpur ni, jadi sekejap jer, sampai sudah.

Di bawah merupakan beberapa kepng gambar yang berjaya diambil sepanjang perjalanan ke Time Square.

Bangunan yang indah.. pernah masuk NGEO Channel. Lagu mana paling menawan?
Bagi cek, lagu cat dio.. amboi indah nian..  bagai warna bulan yang terbit ketika si pungguk menjemputnya.

Lihat pantulan pada helmet. Saya tidak perasan mula-mula, kecewa sudah sebab tidak jelas bangunan yang diambil. Tapi bila tengok balik, aduhh.. ada refleksi indah pada helmet hitam Aizat.

Bandar dalam Taman. Taman dalam Manifesto. Ironis, fahamkan..

Pelik 'topping' bangunan ini. Dalam kejuruteraan sivil, ada dua bahagian berat yang perlu diambil kira bagi membina bangunan yang kukuh; berat hidup dan berat mati. Berat hidup adalah berat aksesori yang ditambah atau diubah sentiasa. Berat mati adalah berat bangunan itu sendiri.

Akhirnya menjejakkan kaki ke Time Square. Saat berhadapan dengan bangunan besar ni, rasa kerdil sangat..

AgroBank.. bank Pertanian yang sangat tinggi reliabilitinya. Ramai warga Malaysia yang menggunakannya, khususnya para petani dan pengusaha ladang.
Ahh.. habis part satu! Alhamdulillah~yang kedua inshaAllah..

2 comments:

  1. serius , cara kau tulis aku suka . sweet dan bermakna . keep it up :D

    ReplyDelete
  2. Terima kasih oh, siapa (??). Akan diteruskan, insyaAllah :)

    ReplyDelete

Ohana :)