Tuesday, April 19, 2011

Bersama Manusia Hebat (Bahagian 2)

Salaam/Regards,

Baiklah, sekuel 'Bersama Orang Hebat' disambung. Untuk bahagian kedua ini, saya mahu berkongsi serba sedikit pasal tetamu jemputan kami, Sharynol Emryan. Selain itu, saya juga ingin membicarakan kronikel perjalanan kami dalam usaha untuk memenuhi tujuan utama kami keluar jalan. OK, mari kita pergi..

SHARYNOL EMRYAN Ayub dilahirkan di Hospital Queen Elizabeth pada tarikh 14 Ogos 1992. Berasal dari Kinarut, Sabah dan amat berbangga akan itu. Dia merupakan hasil  asuhan SMK Kinarut yang berjaya, kira baka yang sempurna sama ada dari segi rohani, jasmani dan intelek. 


Apa nak kata pasal dia arh.. erhmm, arh.. yah~
Dia orangnya sangat lucu dan inovatif dalam bersosial. Tidak pernah memandang serius hidup ini, dia main hanyut ja bersama arus dunia. Dalam pada masa yang sama, beliau tidak akan membenarkan dunia mengawal hidupnya, malah mengawal dunia untuk dirinya. Kesedaran beliau terhadap pelbagai benda: yang kadang-kala tidak masuk akal: merupakan kekaguman saya terhadap dia.


Peminat Hayley Williams dan Amy Winehouse (tidak dilupakan jua, Lenka), tema pakaiannnya sangat stylo. Kadang-kadang emo, kadang-kadang gothic dan sesekali indie.. dia memang sukar difahami..Satu yang unik dan pelik pasal dia ni adalah ketekunannya mendandan rambut yang boleh mengambil masa selama puluhan minit.


Pemikirannya .. PERGHH!!!
Hebat dan terkedepan. Soalan yang dilontarkan semuanya bernas, sebernas jawaban yang diberikannya ketika menjawab persoalan Fizik relatif pergerakan dan laju. Kalaulah ditakdirkan lahir lagi seorang Dr Mahathir Mohamad, dialah orangnya.  Menambah karismanya adalah sikap merendah diri yang berpatutan. Dia tidak membangga diri dan tidak pula asketik; biasa saja dalam berperibadi.


Perwatakannya biasa-biasa saja, un-emo dan matang. Di sebalik dirinya yang peramah serta lucu, tersembunyi peribadi seorang lelaki yang hebat. Percakapannya kadang-kadang mencapai satu tahap, saya sendiri tidak  mengerti. Dari observasi amatur saya, tiada soalan di dunia yang dia tidak dapat jelaskan.

Yan--blur, not blurred.. :(
Menyangkut beg brown army bersilang di bahu, imejnya selalu jadi bahan perbualan antara kami berdua di Facebook. Dia jenis terbuka dan menggalakkan keterbukaan. Tidak pasif, meskipun emoisme jadi gaya pilihan. Suka layan lagu dan menggoyangkan badan sedikit. Yang paling best adalah masa dia nyanyi lagu retro.. haha. Retromaniak.


Bulan September ini, dia akan berlepas ke Rusia untuk menyambung pembelajaran dalam bidang perubatan, atau lebih spesifiknya, kardiotoraks. Fuhh~~dahsyat gilerlah.. Mudahan berjaya hendaknya.. Dr. Emryan.. haha, sangat sesuai. Dah, habis cerita pasal beliau.. jum layan sambungan alkisah perjalanan kami.


DALAM PERJALANAN UNTUK MELIHAT WAYANG

Sebagaimana tamadun Mesopotamia bergantung dengan Sungai Furat dan Tigris sebagai jalan pengangkutan,
begitulah juga penduduk kotaraya Kuala Lumpur bergantung kepada LRT
Sesampai sahaja di Time Square, terus kami mencari kelibat Yan. Di foyer, tiada. Tingkat atas, tiada. Tingkat bawah, tiada juga. Berputus asa, saya dan Aizat lantas bergegas ke kedai 'Seven Eleven' bagi mengisi kredit panggilan. Lepas itu turun ke bawah, atas saranan Aizat, cari tempat alas perut dahulu. Lapar kunun~~

Maka, saya dengan senang hatipun menelefon Yan, menyuruhnya untuk pergi ke KFC tingkat bawah bagi mengisi perut. Rupanya dia belumpun sampai ke TS.. adedda~

Sampai di restoran KFC, terus mendapatkan makanan masing-masing. Saya memilih 'ZingerCrunch' tidak pernah telan pun benda ni. Aizat pilih apa entah, saya sudah tidak peduli. Makanan di depan mata nampak sungguh menggoda, pandangan tidak bergerak..

Beberapa ketika kemudian, Sharynol muncul dengan senyuman lebar. Dia yang sedang berdiri di luar restoran, sambil menggenggam beg coklatnya melambai ke arah saya. Huhaa~kekok sekejap apabila manusia yang kaujumpa setiap semester sekali menyapa dengan nada riang. Saya terkaku, tidak tahu bagaimana harus saya layani dia. Maka, diapun layan diri sendiri dengan memesan 'Chicken Rice Combo'.

Makan sambil bercerita, berlawak tentang segala peristiwa yang berlaku di maktab kami. Sememangnya berkongsi cerita dengan lelaki yang satu ini sangat menyeronokkan kerana dia punya banyak ulasan yang menarik.

Lepas bersantap, kami pakat pergi ke Low Yatt sebab si Aizat mau naiktaraf RAM dia. Ambil masa setengah jamlah begitu, sebelum pergi beli tiket, naik LRT ke KL Sentral. Banyak cerita dalam train tu. Yan tidak sudah-sudah dengan lawak konvensionalnya.. keretapi mau terbaliklah, perlukan korbanlah.. merepek bebenor. Aizat kadang-kadang menyelit, menambah idea kepada lawak Yan; jadilah lawak tahap apa entah. Saya perasan macam kumpulan Sepah pulak masa tu. Sepanjang perjalanan tu, kamilah paling bising. Sampai ja, terus naik lagi train ke KLCC. Haah~di sanalah perkembangan cerita ini.

Dekat mana ni yarh.. aduh, lupa sudah. Dalam tren inilah, Yan berlawak sokmo.
Gila budak ni, makin lucu..
Sampai KLCC Suria, saya dan Aizat pergi cucuk kad bank, ambil duit. Yan pula buru-buru ke tandas. Lepas tu, berjumpa di depan kedai baju (tingkat tigakah?) dan terus ke tingkat atas dengan eskalator ke tingkat atas.  Dalam pada itu, perbincangan wayang mana yang mau ditonton menjadi rancak dan ia menjadi bertambah rancak apabila kami tiba di TGV.

Once again, blur picture.. :(
Bilalah mau dapat gambar muka kau yang jelas Yan..
Puncak Suria . Cantiknya kalau malam ni, disimbah cahaya bulan yang berpadu dengan sinaran lampu ciptaan  manusia.
"Ehm, saya rasa, pelan A tu lebih bik rekaannya, tidak begitu, Tuan Sharynol?"
"Saya pun berpendapat sedemikian.. "
*imaginasi, menguasai*
Ironis.. haha, hanya saya yang faham, kali.
Seni arkitektur yang hebat.. sangat elegan dan mewah dengan nilai estetik yang tinggi.
British kot.. pemandangan yang sangat tragis. Memori Tanah Melayu dijajah oleh orang seperti mereka bertalu-talu mengetuk kesedaran saya.. dulu, kita dijajah. Kini, kita masih dijajah. Fikirkan..

Banyak betul wayang 'now showing'; 'Suckerpunch', 'The Last Dragon', 'Rio'.. banyak lagilah. bertengkar sekejap mau tonton mana. Saya berkeras mau tengok 3D 'Rio', Aizat dengan wayang hantu dan Yan mau tengok 'Never Say Never'.  haha, gurau.

Dalam keadaan keliru itu, kami mengambil tempat di dalam barisan. Keputusan belum dibuat, dan akhirnya, entah bagaimana, kami sepakat memilih 'Scream 4'. Hebat wayangnya..

Sepanjang cerita berjalan, saya dan Yan semangat bha membuat pelbagai deduksi berkenaan siapa pembunuh sebenarnya yang memiliki ghostface. Si Trevor agakan saya, salah. Rupanya pembunuh sebenar Kak Jill (nama sebenar: Emma Roberts). Punya main cantik dia jadi pembunuh, semuanya kerana dahagakan populariti.

Walau bagaimanapun, ada kesalahan pada cerita tersebut.. masa parti Stab-a-thon tu, kan Charlie (salah seorang impostor Ghostface)jadi pengacara. Maka secara deduktifnya, ghostface masa tu adalah Jill.. masa yang sama tu, di rumah Jill, satu pembunuhan juga berlaku. Siapakah dengan itu, pembunuh ketiga?? Apa pendapat anda, Encik Yan?

Apapun, hanya ada dua gambar yang sempat saya ambil sebelum lampu dipadam bagi memberi ruang untuk filem dipertontonkan. Fuhh~meriah gila dengan jerit pekik serta gelak manusia apabila bahagian humor cerita terjadi. Bahagian intro dia paling menang~


Baru upgrade komputer ribanya, sangat gembira. Masa engok wayangpun sempat lagi periksa tahap keberkesanan benda yang baru dinaiktarafnya. 4G; siapa yant tidak puas hati beb! (uishh.. beb!?)
Our respected scholar, Yan. He had many talents and one of them, I tell you is singing Paramore's 'Decode'. He is such a darn, hidden singer. (akhirnya dapat gambar jelas sikit..)

No comments:

Post a Comment

Ohana :)