Wednesday, April 20, 2011

Bersama Manusia Hebat: More Than Words

Kalimah Allah sekali lagi menggamit.. apakah petanda semua ini. Saya semakin kerap melihat nama Allah di langit (terlalu lalai, kot..)
Salaam/Regards,

Selepas saja tayangan filem tamat, kami terus bergegas mencari surau. Dalam perjalanan mencari tu, sempat pula mengulas cerita yang baru saja kami tonton. Yan berpendapat bahawa pembunuh perempuan tu rock dan bersesuaian dengan dirinya.. haha, kalau saya dapat isteri macam tu, gerenti tidak cari lain. Sudahlah cantik, pandai pulak tu (cuma bab gaya, tidak berapa berkenan..).

Jalan punya jalan, baru saya sedar betapa sukarnya mendapatkan  surau. Hah, inilah bab paling bikin gua panazz.. kata negara Islam, tetapi kebajikan terhadap rakyat Muslim langsung tidak terjaga. Saya rasa senang lagi jumpa kelab malam di sini berbanding musolla.. hadeilah..

Dan bercakap pasal politik, saya rasa negara kita sudah banyak terpesong dari jalan sebenarnya keefisienan pemerintahan. Korupsi sana sini, riba dan kemungkaran tidak lagi dapat dibendung. Kalau dulu tertangkap ada kekasih, malu; kalau sekarang, tiada kekasih macam tiada maruah ja. Negara Islam bagaimanakah yang pemimpin kita canangkan? 

Ehmm, ehmm.. *berdehem*
Balik kepada kisah pengembaraan kami bertiga.. sebenarnya, klimaks perjalanan kami bukanlah menonton wayang (biarpun itu tujuan kami). Tanpa disangka-sangka; Menara Berkembar Petronas menjadi destinasi kami yang paling menarik~arh, malas mau cerita, tengoklah sendiri betapa benarnya apa  yang saya perkatakan tadi.

Diinspirasikan oleh senibina Islam, lakaran Perdana Menteri Malaysia ketika itu; Datuk Dr Mahathir Mohamad, Menara Berkembar Petronas Malaysia merupakan menara berkembar tertinggi dan menara pejabat kelima tertinggi di dunia. Di bawah naungan arkitek Perancis terkenal, Cesar Pelli, bangunan 484 meter ini memiliki asas bangunan paling stabil di dunia. Menara inilah yang meletakkan semula Malaysia pada pentas perlumbaan global. 
Memikirkan sesuatu; cuba menterjemah mungkin, maksud di sebalik penciptaan benda yang berputar itu. Punya paksi yang tetap, tidak akan berubah--mesin tersebut seakan imitasi kehidupan. Ada sektor yang menggembirakan, ada sektor pula yang menyedihkan. Kita adalah lokus yang sentiasa berputar, tidak mampu keluar dari hukum yang mentsabitkan kita untuk terus berputar ...dan ada masa, kita kembali kepada tempat asal kita tadi. Vektor kosong.
Tinggi menikam langit, namun hati yang memandang dari bawah pula menangis. Dan menangis itu bukanlah pada zahirnya, melainkan pada kenyataan bahawa negara kita sudah maju rupanya. Setelah hampir lima ratus tahun terjajah, akhirnya kita telah mampu membina negara sendiri.. subhanallah.
"Rupanya jauh sudah kita melangkah..". Keluh bercampur syukur manyesakkan ruang hati. Jauhkah? Bagaimana dengan agama?
Chandelier yang menghiasi laman dalam menara. Seakan-akan sama bentuk rekaannya dengan menara tu..
"14 Mac, Sabtu-Menara Berkembar Petronas merupakan satu lagi hasil usahasama berterusan oleh dua lelaki yang bersemangat--Yan dan Yassin--dalam membina negara".

*things can't get any worser*

Malaysian Pride.. :)

Setelah puas mengambil gambar, maka kamipun berjalanlah pulang. Sesat dowh, dalam Suria KLCC tu. Yan sendiri bingung, padahal dialah paling mahir selok-belok KL ni.. sekali ambil satu lorong >> pergi Aquaria, daa.. saya pun rasa alang-alang, maka saya ajak dorang untuk masuk tempat tu.. kempunan saya apabila permintaan ditolak. .-_-. Huhuu~

...teruskan perjalanan, ambil tren ke KL Sentral. Masa itu jugalah, saya menyuarakan kelaparan saya. Aiza cadang McDonald, dan saya mulanya menolak. Sebab, saya benci makanan tu (tidak tau mengapa). Sesampainya di KL Sentral, dorang pujuk makan sana, pelbagai cara dorang guna ...dan akhirnya saya kalah. Pesan 'McDonald's Double Cheese Burger', dan mengintu' sundae si Aizat. Tidak berapa sedap jugak, rasa burger tu, lebih sedap lagi 'KFC's ZingerCrunch'..

Manusia hebat; Aizat. Suka cara dia tangani perkara-perkara dalam hidupnya. 
At last.. the first clear view of  Yan. Haha~Fikir kau boleh lepas dari Hazel saya??
Nampak orang ramai.. tetapi sunyi, terus mengingatkan saya pada filem 'Final Destination'.
Sempat bergambar sakan.. kwahahaha *ndak lawak pun*

'Double Cheeseburger'.. tidak dapat menandingi kehebatan rasa 'ZingerCrunch' Sudah harga RM9.85, mahal gile..
Next destination..hahahahahaha

REFLEKSI: Saya berpuas hati dengan ekspedisi kali ini. Semua bahagian perjalanan, semuanya menggembirakan, lepas sedikit stres pembelajaran. Dari TimeSquare ke Lowyatt, ke KL Sentral sampailah Suria KLCC, tiada momen yang kosong. Semuanya terisi dengan kenangan indah. Apapun, saya rasa terkilan sebab salah seorang daripada kawan rapat saya tidak  dapat datang.. harap lain kali, diizinkan Allah SWT untuk keluar bersama. Alhamdulillah..

5 comments:

Ohana :)