Friday, April 15, 2011

Random Peeks II

Salam, kali ini, ada tiga gambar ja yang saya ingin kongsikan. Tapi 'caption' dia lebih panjang dari biasa. Harap bermanafaat~

Lokasi: Kantin maktab
Penerangan: Seekor kucing berbulu nipis melintas di hadapanku, sedang aku khusyuk menundukkan kepala menghadap nasi bujang yang sudah sejuk telur dadarnya. Sekejap-sekejap, ia menggeselkan kepalanya ke kaki meja sambil mengiau lemah. Entah apa yang cuba ia sampaikan, namun aku tahu yang ia kelaparan dan inginkan makanan.

Dengan bentuk muka kucing tipikal, bulunya cantik berselang-seli warnanya. Ada tompok putih dan jalur kekelabuan di sebalik kemeriahan bulu-bulu oren yang memenangi badan sikucing ini. Lima jalur tirus menggarisi dahinya, bak seorang Rani yang baru menduduki takhta persandingan. 

Lokasi: Kantin maktab
Penerangan: Meskipun bertalu-talu perkataan berbentuk halauan serta cercaan mengenai dirinya, harapan untuk dilemparkan seketul tulang terus bergema dalam kelonglaian suara. Matanya bersinar dengan seribu makna; merayu, meminta dan menuntut secebis kemanusiaan yang mungkin masih bersisa di perdu perasaan. Mulutnya tidak henti-henti mengungkapkan kalimat yang hanya dia sendiri mengerti.

Si pengambil gambar pula leka melayan profesionalisme, sehinggakan dia terlupa yang mengiau di hadapannya itu benda hidup. Perlukan makanan dan belaian, mungkin. Dia terlupa bahawa dirinya manusia yang, merupakan khalifah, pemimpin serta pemakmur di muka Bumi. Kemanusiaan dalam diri telah termakam di bawah longgokan kerjaya dan kepuasan diri.

Adakah si jurugambar memberi apa-apa ke pada sikucing tadi?

Lokasi: Bilik Ardie
Penerangan: Kala mentari bangkit menuntut tempatnya di dada langit, manusia masih lena berlayar dalam dunia mimpi yang tidak berkesudahan. Laungan azan langsung tidak dipedulikan, masing-masing sedang asyik melebarkan kain layar mimpi yang buatannya dari ketidaksedaran. 


Namun di suatu sudut, seorang lelaki tua terhinggut-hinggut menahan tangis. Saat dia bersujud, berteleku menghadap Tuhannya, imbauan dosa-dosa lalu bertingkah-silang menembak jiwanya yang sudah penat dimainkan dunia. Ratapan di hujung tikar sejadah.. jiwanya semakin tunduk pada ketetapan yang dia akan pulang kepada Pencipta; ketetapan yang dahulu di kala mudanya, beliau lupakan..


Wassalam~

1 comment:

Ohana :)