Friday, April 15, 2011

Random Peeks


Salaam
Untuk entri kali ini, saya ingin mengongsikan beberapa keping gambar secara rawak. Semuanya menceritakan perihal berbeza, dengan nilai dan mesej yang tidak sama semuanya.

Lokasi: Surau.
Penerangan: Setiap yang gelap itu ada jalan untuk dibenderangkan. Jangan mudah mengiyakan kekalahan, sedang langkahmu baru pada garis permulaan. Berlumbalah dala dunia ini dengan kepercayaan bahawa suatu hari nanti, kamu pasti meraih cahaya yang kamu idam-idamkan itu.

Lokasi: Makmal
Penerangan: Keindahan adalah subjektiviti. Tidak semua jiwa mampu menterjemahkan keindahan pada maksud yang sebetulnya. Perihal ini berlaku apabila kepuasan zahir didahulukan/dipentingkan berbanding pengadilan dari segi maksud dan tujuan. Sayangilah diri anda.

Lokasi: Makmal
Penerangan: Sometimes, you just have to push aside all those hardships and stresses away. Give room for yourself to express what it feels, and enjoy every moment you have in this life. In our most stressful day, a simple block-buster game can be the best medicine. Find one for yourself.

 
Lokasi: Perkarangan surau
Penerangan: Hijrah adalah suatu transit jiwa dari suatu daerah keburukan ke lembah kebaikan, ataupun perpindahan dari perkara baik kepada perkara yang lebih baik. Hijrah adalah kewajiban bagi setiap manusia yang berkesedaran dan berfikiran maju. Hal ini demikian kerana pembaharuan jiwa adalah langkah pertama ke arah pembaikan diri.

Lokasi: Parkir surau
Penerangan: Pergunakanlah kemudahan yang dikurniai Allah SWT sebagai wahana ke arah kebaikan, ke destinasi abadi kita. Telah disediakan oleh Allah jambatan dan kenderaan maka, semuanya bergantung kepada kita. Kebebasan untuk memilih ada di tangan kita.

 Lokasi: Bilik Ardie & Arif
Penerangan: Masa tidak akan berhenti berjalan, meski jarum jam berundur geraknya. Hargailah setiap saat, setiap minit yang berlalu dengan membina kemudahan bagi minit yang akan datang. Setiap nafas dan nadi yang berdenyutan tidak akan ada kembalinya, semuanya akan berhenti suatu hari nanti. Mata kita terutup rapat, nafas tersekat manakala kepala yang beruban mengalirkan keringat. Sakrat`l maut telah tiba, dan mungkin terlalu lambat tika itu.

Bilakah masa itu? Minggu depan? Esok? MALAM INI??? ..sayang, kita tidak nampak dan tidak pula dapat menentukan bila..


Lokasi: Bilik
Penerangan: Disuruh buat semula kerja kursus Bahasa Melayu Kontekstual.. sungguh kecewa dan memalukan, tetapi biarlah.. semua ini mungkin ujian kan.. sudah lama ndak kena uji ni.. wahaha~

5 comments:

  1. jan malu.. ada baiknya jua 2.. at least kena bagi 2nd chance.. ada sesetengah org lepas buat silap langsung x kena bagi 2nd chance..

    ReplyDelete
  2. PEEERRRRGGGGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! GEMO LA YASSIN!!!!!

    ReplyDelete
  3. go for A+!!!! this is our chance!!

    ReplyDelete
  4. Zudien: Haha.. I will do the best! A+!!!!!!!

    ReplyDelete

Ohana :)