Dia..
Sudah lama kutunggu,
Mengharap dia berpaling padaku,
Meski dalam hujan, aku masih menunggu,
Mendoakan dia kembali ke sini,
Memeluk diri ini,
Yang sedang merana pedih.
Meskipun dia tidak lagi kusayangi,
Hangatnya masih aku damba, aku rindui,
Dirinya masih ada pengharapan,
Membetulkan pilihan,
Meski masa tidak akan bisa diperlahan,
Masih ada jalan..
Harapanku masih bernyala terang,
Dalam ribut, api harapan ini kupeluk,
Meski terbakar tubuhku, aku tidak akan lepaskan;
Inilah satu-satunya sisa kenangan..
Marak api ini semakin hilang,
Dipukul hujan masa,
Aku semakin takut untuk hidup esok..
Hidup tanpa cahaya api ini.
Aku tidak mengerti,
Kenapa aku yang harus berkorban?
Kenapa aku yang jadi taruhan?
Sedang akulah yang lebih cinta,
Lebih kisah,
Kehidupannya?
.....
Wahai bidadari,
Turunlah semula ke bumi,
Bawalah dia bersamamu ke syurga,
Sama-sama memadukan cinta.
Biar aku di sini, terus memeluk api cinta.
Harusku sedar,
Engkau bukan untukku.
Aku hanya penjaga dirimu di bumi,
Setakat itu.
Wahai bidadari,
Aku tidak pinta kau kembali,
Cuma ingatilah aku dalam mintamu
Pada yang Esa. Aku..
Aku..
aku..
..cuma inginkan syurga.
Mungkin di sana cintaku.
No comments:
Post a Comment