Thursday, April 7, 2011

H.A.T.I (Versi Tazkirah)



Ada sesuatu dalam dada yang dipanggil hati,
Tempat letak segala marah dan benci,
Rapuh wujudnya-tanpa rangka,
Tanpa tulang untuk menyokong,
Cuma ada.. hati.

Ia selalu rindukan belaian kasih,
Sentiasa ingin berendam dalam mandian janji,
Sering mahu dipujuk dan dipuji-
Sumber kejatuhan atau ketinggian budi.

Hati itu bentuknya bebas,
Lambang bebasnya ruang yang ia ingin pergi,
Namun ibarat sang unggas yang pulang petang setelah keluar pagi,
Hati tetap ingin pulang di sisi Ilahi.

Mekarkan hati dengan sinar imani,
Benderang jiwa, sentiasa berseri,
Sebugar bunga pada awal pagi yang bersadur salji,
Hati beriman tidak akan mati.

2 comments:

  1. sangat2 suka!!serius..masuk dalam hati aku~

    ReplyDelete
  2. Saya cuba gilap semula :P
    Sudah dua tahun tinggalkan bidang ini. Kalau ada peluang, mau baca depan kelas :P

    ReplyDelete

Ohana :)