Salaam/Regards,
Pagi tadi, Arif mendapat satu panggilan dari keluarga di Johor. Dia yang tengah bermain PES 2011 sambil berborak dengan kami (Ardie, Abang Epiey, saya), terus menjedakan permainan. Telefon bimbit yang berletak di atas meja digapai, skrin ditekan. Diletakkannya telefon ke cuping telinga dan keluar. Perbualan berhenti sekejap, memberi ruang bagi Arif untuk menjawab panggilan.
"Atok aku baru meninggal." Ringkas. Berbekas saat itu di hatiku. Entah apa perasaan yang beraja saat itu, empat bilik A-2-11 terasa semakin merapati satu sama lain. Semakin menghimpit kesedaran kami bertiga yang terkesima dengan berita itu. Innalillahi wa`inna ilaihi rajiuun.. semoga ruhnya dipermudahkan kehidupannya di akhirat nanti.
Begitulah maut.. tiada kad jemputan, ia datang menuntut hak Tuhan. Pada saat kami tengah seronok berborak pun ia datang, meragut satu lagi nyawa atas kehendak Tuhan. Segala kekayaan tidak akan pernah membeli sesaat untuk ditunda. Ia datang tanpa pengetahuan kita.
Memikirkan keadaan seperti ini, terimbau saya betapa lemahnya kita sebagai hambaNya. Hidup atas rahmat dan keizinanNya, tanpa sedikitpun daripada kita sendiri berusaha. Kenyataan inilah yang sering menghambat saya.. bilalah lagi waktuku?.. bagaimanakah aku tika Izrail datang?.. ..ya Allah, permudahkan jalan bagiku~
Ketika saya menaip inipun, atas keinginanNya--saya bisa terjelepok jatuh dari kerusi, kehabisan nafas, sengsara dan ketakutan,
BUKAN MASA INI, YA ALLAH!! BUKANNN!!!!
Semuanya akan jadi terlalu lambat. Takdir sudah tertulis, masanya telah tercatit, tiada dapat diundur. Dosa dan pahala berhenti berbolak-balik, semua jumlahnya jadi muktamad. Mata semakin tertutup rapat, nafas semakin lemah. Dada turun naik sedang genggaman pada karpet lantai lemah jadinya. Terlalu lambat. Sebentar lagi, pertemuan dengan Pencipta akan berlangsung..
ADAKAH KITA SUDAH BERSEDIA WAKTU ITU?
SUDAH CUKUPKAH AMALAN KITA?
DITERIMAKAH SEMUA AMALAN KITA?
ADAKAH RUANG LAGI UNTUK KITA DI SYURGA?
LAYAKKAH KITA MENGINJAK SYURGA?
Husnul khatimah untukku, keluargaku serta para sahabatku, Ya Rahmaan... amiinn..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
18PL
18SG
18SX
1Malaysia
aneh
awan
cats
death
debat
education
ekspedisi
ekspedisi ironis
ekspresi
esei panjang
evil
falsafah
gembira
hahahaha :D
hiding somewhere
indah
informasi
irony
jiwang
kagum
kalah
karma
kawan
kehidupan
kejam
keluarga
kerjaya
lol
luv
malam jumaat
maruah
memori
merdeka
misteri
nilai moral
novellah konon
obsesi
pendidikan
perasaan
picture
politik
projek
puisi
rawak
rindu
sedih
sentimen
seram
siraah
sorry
takut
tazkirah sket
UWEEKK
video
yum yum
No comments:
Post a Comment