Salaam/Regards,
Sudah lama tidak menulis 'tazkirah sket' di blog ini. Entahlah, saya sendiri macam kebuntuan idea. Malas jangan cakap, memang alasan paling besar.
Jadi hari ini, saya akan kongsikan sebuah kisah yang diriwayatkan oleh Bukhari. Mari dengar..
-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-
Seorang lelaki kelihatan sedang bergerak perlahan menuju ke sebuah masjid. Badannya yang sedikit mencondong, matanya liar melihat ke kiri dan ke kanan. Badannya kadangkala berpusing 180 darjah, risau jika ada manusia yang mengekorinya. Misi ini harus berjaya demi keruntuhan Islam. Dalam hatinya, senyuman kepuasan sudah mula berputik. Tiada kata dapat menyebut harga kepuasan bilamana misinya berjaya.
Sesampai saja dia di dalam masjid, terus dilakukan apa yang sepatutnya.. misinya, iaitu berhadas dalam masjid. Heh, hari yang malang buatnya apabila beberapa orang dari kalangan sahabat kebetulan ingin memasuki masjid tadi. Melihatkan saja perbuatan lelaki Badwi itu, mereka berang dan menuju ke arahnya. Mati mungkin nasibnya selepas ini.
"Hentikan!". Tiba-tiba ada suatu suara menyuruh para Sahabat untuk menghentikan niat serta tujuan mereka itu. Suara yang sangat mereka sanjungi, sangat mereka kagumi; suara yang cukup menggetarkan hati si lelaki Badwi tadi. Suara baginda terjunjung, Nabi Muhammad SAW.
"Janganlah kamu pukul dia, basuhlah air kencingnya ini--sesungguhnya dia ini tidak tahu", sabda Nabi Muhammad SAW. Maka para sahabat pun menurut perintah, niat memukul mati begitu saja. Lelaki Badwi tadi terkejut dengan ketinggian hikmah manusia yang berdiri di depannya, mempertahankan dirinya yang berniat jahat dengan Islam.
"Asyhadu anlaa ilaha illallah.. wa asyhadu anna Muhammadar Rasulullah.."
-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-
Wallahualam..
Sunday, April 24, 2011
Lelaki Badwi dan Rasulullah SAW
perkara
education,
ekspedisi,
tazkirah sket
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
18PL
18SG
18SX
1Malaysia
aneh
awan
cats
death
debat
education
ekspedisi
ekspedisi ironis
ekspresi
esei panjang
evil
falsafah
gembira
hahahaha :D
hiding somewhere
indah
informasi
irony
jiwang
kagum
kalah
karma
kawan
kehidupan
kejam
keluarga
kerjaya
lol
luv
malam jumaat
maruah
memori
merdeka
misteri
nilai moral
novellah konon
obsesi
pendidikan
perasaan
picture
politik
projek
puisi
rawak
rindu
sedih
sentimen
seram
siraah
sorry
takut
tazkirah sket
UWEEKK
video
yum yum
No comments:
Post a Comment