Monday, May 9, 2011

:(

Salaam/Regards,


Sekadar ingin berkongsi sedikit luahan.. hmm, macamana mau mula..

Minggu depan, peperiksaan akan tiba. Masalahnya sekarang, saya belum bersedia untuk itu. Ilmu belum mencukupi silibus, hati masih bebal untuk membuka buku. Apatah lagi menilik serta mambacanya.

Saya sedar, perbuatanku ini merugikan. Sangat merugikan. Masa terbuang sia-sia; di Facebook, di blog sendiri mahupun di blog orang lain. Sungguh menyedihkan rutin ini, persis sebuah robot. Bangun dan tidur, makan dan minum, dan berinternet.

"'Mood' study belum menyapa, tidak mengapalah.." bisik hati, cuba memujuk jiwa yang semakin bimbang. Tetapi kebimbangan jiwa sangatlah lemah, umpama lalang ditiupkan angin, mengikut saja rasa malas. Kadang-kala berserabut fikiran diserang rasa bersalah, tetapi sayangnya, rasa bersalah juga bagai api disimbah air. Hangat-hangat tahi ayam..

Justeru tadi, saya menyimpan tekad, "Malam ini mesti belajar!" dan begitula. Begitulah selalunya terjadi, janji dan tin kosong.


Bukan saya tidak sedar, cuma kurang motivasi, kali. Kurang kesedaran, kurang pengalaman. Atau mungkin ada sebab-musabab lain; wallahu`alam. Apapun, sudah janji malam ni mahu belajar, inshaAllah akan tunaikan.

Maaf kerana terpaksa membaca luahan hati yang sangat gross ini. Ini blog saya, diari tiada. Jadi gunakanlah blog untuk menenagkan perasaan. POYO?? ..ugh, like I hell care!


Sorry, mom and dad.. tidak dapat memegang amanah dengan sebaik-baiknya. Sudah beratus kali cuba untuk menangani dilema ini, tetapi--yalah--syaitan selalu saja menang :(

Kejam.. siapa harus dipersalahkan?

Segala yang datang akan kembali kepada Pencipta.. innalillahi wa inna ilaihi rajiuun..


Itu saja.. wassalam..

Sekian

2 comments:

  1. Ku bersamamu~..
    Haiiiyaaaa.. apa la mo jadi neh.. Serius. Sy pun xda mood neh mo study, entah napa... Lepas baca entri ko, baru sy sedar nih, mood xkan datang menyapa.. ko yg perlu cari.. I guess..? Jom belajar malam neh.. :)
    [heii.. harap2 betul2 la belajar ni malam..]

    ReplyDelete

Ohana :)