Tuesday, May 10, 2011

Menjawab Persoalan Kecantikan dan Ketampanan

Salaam/Regards,

Entri kali ini adalah bertujuan untuk menambah serba sedikit berkenaan pos NadJoliey yang terbaru di sini. Bukanlah ingin menuduh entrinya kurang lengkap, tetapi sekadar ingin berkongsi pendapat peribadi.

Kecantikan dan ketampanan adalah suatu yang subjektif DAN relatif. Subjektif di sini dalam erti kata penilaian rambang dan neutral, tanpa ada perasaan tertentu ataupun perkara lain yang mampu merencatkan penilaian. Contohnya: dua lelaki menilai seorang wanita buat pertama kali, tanpa mereka mengenalinya; adalah suatu ujian subjektiviti.




Ratu Jordan, Queen Rania. Possibly the most beautiful queen there is.
Istilah kecantikan dari segi relativiti pula bersangkut atas dua perkara; perhubungan antara subjek dan observator ataupun penilaian mendalam terhadap subjek yang diperhatikan. Sang kekasih akan bersungguh-sungguh mempertahankan kenyataan akan betapa cantik atau tampannya pasangan masing-masing. Mungkin realitinya, si pasangan tidak cantik, hanya rasa cinta yang memperindah wajah. Melihat kepada sudut relatif, kita dapat menyimpulkan bahawa ini adalah suatu radas menilai kecantikan yang lebih mulus.

Kecantikan adalah anugerah. Setiap insan memiliki kecantikan dan ketampanan tertentu. Luaran atau dalaman; saya percaya Tuhan telah menjadikan kita sama sahaja di mataNya; semua mendapat magnitud kecantikan yang sama rata. Tuhan Maha Adil.

Kecantikan diri tidak patut diukur dari perspektif manusia lain. Seperti yang saya telah sebutkan di atas, kecantikan itu subjektif dan relatif, pada masa yang sama. Oleh itu, mustahil untuk kita memenuhi kriteria kecantikan yang mutlak yang diinginkan setiap manusia, kerana semuanya mempunyai penilaian yang berbeza.
Biarlah kita dahulu yang menilai diri-sendiri, sebelum memberikan kuasa itu kepada orang lain.

Adalah menjadi suatu kesalahan sivil, bagi saya, jika seseorang itu tidak menilai seseorang yang lain tanpa melihat sifat luarannya. Dari pakaian sehinggalah tingkahlau, penjagaan higenik dan sebagainya; sepatutnya menjadi faktor yang penting untuk menili perwatakan seseorang. Manusia yang serabai rambutnya, contoh; tidak mungkin berdisiplin dalam pada masa yang sama.

Saya tidak membidas peribahasa "Do not judge a book by its cover", tetapi saudara-saudari sekalian, siapa yang membeli buku tanpa melihat kulitnya? Kulitnya itu jadi indikator kepada isi, bukan?

Setelah melakukan observasi zahir, barulah bergerak kepada observasi batin (dalaman). Di situlah baru kita menumpukan segenap upaya menilai manusia dengan seadil-adilnya. Bagaimana jika seseorang buruk zahirnya? Oh, bagi pendapat saya, semua manusia; buruk atau indah, layak mendapat penilaian yang lebih mendalam.

Setelah menyebut segala yang saya inginkan, saya yakin bahawa kecantikan perlu dilihat dari dua sudut; luar dan dalaman dengan mengambil kira aspek subjektif dan relatif. Segala kekaburan, kesalahan dan kecacatan tatabahasa adalah kesalahan penulis.

Wallahu`alam

4 comments:

  1. Sy nda tau la samada pemahaman sy terhadap perkataan "subjektif" tu berlainan dengan apa yg sepatutnya.. bagi sy, subjektif 2 bermaksud meluas.. relatif 2 x mengecilkan julat pemerhatian ka? sebab itu antara faktor yg mempengaruhi tgapan sy thadap kecantikan n ketampanan seseorang.. I mean, bila sy kenal seseorang 2 lebih mendalam, akan beransur2 jadi hensem/lawa bila hati dorg baik. Ini serius, bukan dibuat2.. and Yassin, buat jangka masa sy kenal ko neh, ko hensem. :)

    ReplyDelete
  2. Relatif = Bersangkut-paut.
    Subjektif = Ya, meluas. Tetapi harus neutral.

    Bila kau nilai seseorang atas dasar suka atau benci, itu namanya reLativiti. Bersangkut-paut dengan perasaan atau dasar suka.

    Sepanjang saya kenal kau Nadiah, kau GEMOOOO!!!
    .heh, gurau :)

    ReplyDelete
  3. well, I've always been gemo!!! Maksud ko, untuk penilaian subjektif, subjek yg ko nilai 2 x bleh someone yg ko kenal laa..? sebab kena neutral kan..? (atau penilaian secara subjektif x bleh ada unsur biased..?) I mean, sy nda bleh lagi nilai 'ketampanan' ko dr sudut subjektif? apa maksud ko "neutral"? myihiii.. *I might sounds defensive to you, but I'm not, cuma I gotta understand apa maksud ko ja.. seriously, got serious issue wif understanding makna mendalam sesuatu perkataan.. sy tgk n sekadar faham setakat kemampuan sy ja.. your linguistic ability is much much better AND sharing is caring ;) GAHAHAHAHA!

    ReplyDelete
  4. Ya.. kalau kaukenal subjek, maknanya penilaian menjadi biased (unless kau profesional gila-gila). Ini samanya dengan relatif. Tetapi penilaian secara subjektif memang sangat sukar.

    ReplyDelete

Ohana :)