Salaam.. untuk entri kali ini, adalah lebih teringin di hati beta untuk memperkatakan sesuatu mengenai
CUTI PERTAMA *cuti pertama?* ya, cuti pertama
*cuti pertama?!?* ya.. cuti pertama bha; sekarang berhenti berlagak Shin Chan, tidakkan sama punya.
|
Sehari sebelum bertolak dari maktab |
|
Proses pelupusan sampah yang ditinggalkan penuntut maktab. |
|
Blok yang semakin direnggut kemeriahannya..sehari sebelum pulang. |
|
Barang yang siap dikemas dan disumbat dalam kotak 'Drypers'. Huhuu~ |
Seperti yang kita tahu, tanggal 28 Mei 2011 merupakan tarikh kebebasan penuntut-penuntut institut pengajian tinggi:- saya sebagai guru pelatih paling merasakan kehangatan serta keriuh-rendahan kawan dan teman berpusu-pusu pulang ke kampung. Ada yang bermotorsikal, ada yang berkereta dan ada yang diambil oleh keluarga. Saya dan 50 penuntut Borneo lain pula menggunakan kemudahan pengangkutan yang disediakan oleh pihak maktab. Selepas itu pula menaiki kapal terbang, pulang ke negeri tercinta.
Sebelum berangkat (petang 28 Mac 2011), saya sempat menghabiskan separuh hari dengan dua orang teman *tidak perlu disebutkan nama, saya kira* hahaha, mana-mana ja. Kami mulanya keliru untuk melakukan apa, tapi satu orang geng ini mencadangkan kami untuk menonton wayang. Kami memilih untuk menonton wayang 'Karak'. Kesimpulan: sangat, sangat membosankan. Jalan cerita serta mesej yang ingin disampaikan sangat bagus, tetapi watak dan perwatakan wayang itu sangat tipikal. Tengok wayang 'Mistik'.. haaa, hampir samalah tu. Banyak benar babak berteriaknya.
|
Sebelum memasuki panggung |
|
Razvi dan Aizat...rakan sepulau. |
|
Lepas itu, malamnya; jalan lagi untuk membelikan cenderakenangan buat keluarga tercinta *kononnyalah* eits, betul apa! *wui, tenang bha, gurau ja. Bha, sambung cerita*. |
|
Barang yang ditinggalkan penduduk blok C. Banyak gila; macam lautan. |
|
*Hahaa~* SVEN!! |
|
Ini ketika kami dalam perjalanan untuk mencari barang cenderakenangan. Papan tanda yang divandalis ini kelihatan lucu. |
Urghm. Urghm.
Ditempatkan di bilik asrama sekecil pondok kawalan maktab *tidaklah sekecil itu*, kami terpaksa bersesak-sesak macam ikan sardin dalam tin. Sudahlah panas, berisik pula. Sabor jelah~ esoknya terus terus bangkit dan mandi. Seram dowh (?!), blok masa semua penuntut sudah balik. Nasib baik ada si Patr *tei, penakut rupanya* bukanlah.. kebetulan bha masa tu.
|
Gambar kedua terakhir yang saya ambil di maktab. Sangat monumental, sangat mengesankan dalam hati saya :( |
|
...ditinggalkan.. |
Lepas tu, kami berkemas dan menaiki bas maktab. Perjalanan daripada maktab ke Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur mengambil masa selama kira-kira sejam lebih. Singgah pula di perhentian pemandu, menelan sarapan pagi dan membungkus setapau nasi goreng dengan seketul ayam goreng yang rasanya macam KFC. Sedap (ini gaya untuk menimbulkan rasa cemburu dengan pembaca yang LOLWUT).
(bersambung..)
No comments:
Post a Comment