Salaam..
Untuk pos kali ini, saya ingin meminta maaf kerana masukan bagi cuti selama tiga minggu ini akan berkurang. Liputan Streamyx laju:- tapi.. *tapi!?!?* ini kan blog saya, saya punya sukalah.. *adeehh..*
Tahu ini tidak melucukan.. *haha, memang tidak lucu* tapi InshaAllah saya akan cuba kemaskini blog ini dan segala isinya. Mungkin gambar juga akan dikurangkan pengeposannya *oleh sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan* huhuu~kesian, kesian, kesian.. *ehh, macam Upin & Ipin pulak* haha, sudah-sudahlah memalukan diri-sendiri.. OKlah, selamat bercuti dan nikmati setiap saat bersama keluarga.
Buat budak-budak maktab; saya ucapkan selamat hari tanpa tugasan. Habislah kamu semua lepas tiga minggu ini dengan tugasan belambak *hei, saya rindu pulak dengan folio dan kelas* betul.. saya pun sama, Sven. Wahaha--moga-moga kita semua lulus dengan cemerlang bagi peperiksaan yang telah berlalu. Dan saya telah membuat suatu penemuan yang ajaib dalam diri saya. Mahu tahu? Tunggu beb (!?) *saya mula merindui kamu semua, kawan*
Dan pesanan terakhir buat NadJoliey, FarahFoxy serta GuruJiwang; kotakan janji anda. Kemaskini blog anda sekurang-kurangnya empat kali seminggu. Jika anda gagal untuk melakukan itu; terimalah akibatnya lepas cuti nanti. :( *guys, I think he means it* hey, Bahasa Melayulah, dan ya; saya betul-betul maksudkannya..
Sekian, assalamualaikum dan semoga berjumpa lagi *untuk entri yang akan datang*
>< cuba sedaya upaya..
ReplyDeleteYeah~~kau janji, arh!
ReplyDeleteSusah....
ReplyDeleteTakpa, takpa.. sekali seminggupun, OKlah.. haha; apa susahnya :D
ReplyDelete