Wednesday, May 25, 2011

Pelik Gila


Salaam. Saya menuliskan ini dalam keadaan serius sedih. *Kenapa??*

Seperti yang kita tahu, tidak lama lagi kita akan balik. Bagai si belut balik ke selut; kerinduan pada tanah kelahiran sememangnya tidak dapat dibendung. Sekarang inipun, saya terbayang melihat Gunung Kinabalu melalui tingkap kapal terbang. Terbayang menyaksikan keindahan luasnya bentangan rimba Sabah. Atmosferanya yang masih bersih dan dalam masa yang sama, mewangi dengan udara tradisi; saya sangat-sangat-sangat rindukan 'Negeri Di Bawah Bayu' itu. 

Maliau Basin di Tawau.. ohh~

Ibarat pungguk merindukan sang rembulan, begitulah keadaannya saya merindukan Sabah. Sudah lima bulan tidak menjejakkan kaki ke dearah penuh rahmat itu. Saya tidak sabar untuk mencium bumi Sabah yang subur ditumbuhi adat dan kepelbagaian bangsa; tanah yang menyuapkan saya dengan butir barakah. Bukan bersikap kewilayahan/kenegerian, tetapi sebagai manusia yang berfitrah, naluri menyayangi bumi yang banyak berjasa itu tidak dapat dielakkan. Namun, kerinduan saya tidaklah sama sedikitpun dengan rindu terhadap keluarga, saya rindu keluarga saya.

Merekalah yang menjadikan saya Mohd Yassin yang sekarang ini. Dengan izin Allah, mereka mengukir peribadi seorang manusia bernama Yassin ke atas jasad ini. Jika tidak kerana merka, maka tiadalah blog ini, mungkin. Saya sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat rindukan peluk cium ibu ayah. Rindukan gurau senda adik-beradik. Rindukan teman-teman sekolah yang lama, yang saya anggap sebagai keluarga.

Pun begitu, ada suatu perasaan pelik sedang memerangi diri saya; entahlah, macam suatu ketidaksediaan. Saya tidak sedia kot untuk berpisah dengan "keluarga" di sini. Saya sayang pula kawan-kawan di sini. Saya takut pula tikamana saya menonton wayang di rumah, membayangkan Din dan Ewi, Ooi dan Ardie:- dan Arif ada di sisi. Pelik perasaan ini..

Kenapa pula saya jadi begini? Pernah saya tinggal di asrama, namun tidak pernah mengalami keadaan seperti ini. *Cuba tengok balik diri; oh ya.. 4S juga*. Dan rakan sekelas lain yang menjadi adik-beradik angkat saya. Ada yang lucu, ada yang kacak, ada yang cantik, ada yang ayu dan ada pula yang sedang-sedang.*Yassin, kau OK?*... entahlah, Sven. Seperti secebis diri saya sudah bertaut di sini. Pelik..

Arghh! Nak balik jugak.. perlu payungkan diri daripada hujan perasaan ini. Ini tidak normal, saya rindu negeri dan keluarga saya. Nak balik!!

MAU BALIKK!!!! XO

:(

10 comments:

  1. GOLI. besa la 2..rasanya..? I need a longer time untuk rasa mcm tuh kali.. atau sy memang heartless..? *yah, sy memang heartless* anyway, *suka lagu background*

    ReplyDelete
  2. Nad: Huhuu~tersentimental pulak petang ni.. *ceh, menyibuk jugak dia* haha, lagu yang akan nyanyikan untuk.. *YASSIN!* Apa!?

    ReplyDelete
  3. apa yg kau rasa sma mcm ak rasa..ak pn sedih nak meninggalkan kwn2 di sini..tp naseb baik 3 minggu..sebab dalam 3 minggu tu mcm2 bleh berlaku..benci la kau nadiah..ak je yg rindu nk tggalkan kau..T__T

    ReplyDelete
  4. Farah: Saya cuba untuk kembali ke sini dengan 'Yassin' yang lebih mantap, inshaAllah. Kesian tidak dirindui si Nadiah

    ReplyDelete
  5. Yassin: LAU... *NADIAH!!!* oh bh yala..

    Farah: ..menambah duka.. I will only miss those cats~~ WAKAKKAKAKAKAKA!!!

    Jap2, 'RINDU NAK TINGGALKAN KAU'??! cuba baca betul2, mcm dia teringin sangat mau kc tinggal sy!! WAKAKKAKAK!!!

    ReplyDelete
  6. Berpisah 2 hari pun sy sudah x tahan oooo...seriusly...rindu tgok wayang sama2, rindu pi HUKM makan2...dan rindu skodeng blog orang sama2...huhu

    ReplyDelete
  7. Nad: LOLOL.. gila kau betul dapat 'dia'. Wawawawawa~

    Dien: Tidak apa.. yang penting 'stay in touch'

    ReplyDelete
  8. Eeee.. padahal ko tengah blushing kann~~~ siap buat 1 entri untuk c dia lagii.. PERGHHH!!!

    ReplyDelete

Ohana :)