Wednesday, May 25, 2011

Takziah

Salaam... pagi ini saya dikejutkan dengan berita pemergian salah seorang 'Follower' blog saya yang juga merupakan kawan baik kakak saya, iaitu Allahyarham Hadijah Binti Latip. Kita sama-sama sedekahkan bacaan doa ke atas ruuhnya.Semoga Allah SWT memberikannya kelapangan di kubur serta nikmat, seperti yang Dia berikan kepada hambaNya yang beriman. Amiinn..

Kakak saya menangis semalaman mendengarkan berita itu. Bukan apa, dia sangat rapat dengan saudari ini. Dahulu seingat saya, pernah tidur di rumah; memang kamceng gila kakak saya dengan dia. Tapi sudah ajal, kan.. siapa menduga.


Allahyarham dan lima lagi mangsa dikatakan terlibat dalam satu kemalangan di Kota Kinabalu kelmarin subuh (24/5/2011) apabila kereta yang mereka naiki melanggar pokok. Tiga orang termasuk Allahyarham, pulang ke rahmatullah manakala tiga yang lain selamat. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada arwah dan dengan ini, terbit satu peringatan;
"Jangan ingat kita tua, baru kita mati. Mati ada di mana-mana; hatta pada sebatang pensel sekalipun Teruskan mengingati mati, agar sentiasa berhati-hati dalam hidup".

2 comments:

  1. dorg bknnya kmalangan..dorg dbunuh!...arwah berjanji akn mnuntut bela dgn izin Allah kpd mreka2 yg brtggungjwb mmusnahkn hdupnya..Allahhuakhbar...kbenarannya hnya KAU yg MAHA tahu...al-Fatihah buat anak buahku...

    ReplyDelete
  2. ttiba aku bgun dr tidur n knapa,ttiba jari laju menaip google nama anak buahku ini..brulh aku tau,dia ade blog yg blumpun smpat dcoretkan dgn kata2 manis manjanya..dan rupanya genap 11bulan pmergiannya ari ini..Allah MAHA BESAR,ptutlah xlalu lelapkan mata..kerinduan sgt mnyesakkan kala ini...i miss u syg...

    ReplyDelete

Ohana :)