Sunday, May 1, 2011

Rupa Malaysia

Salaam/Regards,

Puas + tidak puas (I know it's a complete oxymoron; but I like it). Lawatan di Pesta Buku Antarabangsa tidak menyeronokkan langsung. Aku jadi penonton lautan manusia yang pasif, hanyut bersama arus hiruk-pikuk keadaan. PWTC macam pasar ikan.

Satu yang mengejutkanku: tidak sangka sambutan akan jadi begini hebat. Bukan mahu merendah-rendahkan warga Malaysia, tetapi kalau betul beginilah kehangatannya (fizikal dan metaforikal), kenapa rakyat Malaysia dilabel sebagai rakyat yang paling malas membaca? Bias??

Tidak mahu mengomentar banyak-banyak, takut dibilang tidak dapat menerima 'kenyataan'. Meskipun aku sedar ralat dapat dakwaan itu (yang mengatakan rakyat Malaysia malas membaca), aku pendam saja. Dengan pemerhatian di maktab ini saja, tuduhan itu dapat disangkal (Encik Razvi adalah pembaca novel hikmah terbanyak!!).

Aku garu kepala juga dengan orang Barat ni. Kata minda Kelas Pertama,  tapi kajian macam tiada asas. Tidak saintifik. Dan lebih menghairankan apabila kita dok asyik sanjung-sanjung depa (!?). Kenapa??

Bukti #1: Lihat saja eskalator ini.. sesak.
Bukti #2: Sampai ke pentas mereka menjinjing buku. Hikmah buku tidak pasti pula dicedok.
Bukti #3: Ohh, kata pembaca buku di Malaysia boleh bilang dengan jari, kan? Hah, cuba kira berapa manusia di dalam gambar ini (ini di dalam PWTC).
Bukti #4: Hah.. teruskan kiraan dengan yang ini. Selamat mengira!
Bukti #5: Ini di booth khat. Kalau betul rakyat Malaysia malas  belajar, jadi ini apa??
Bukti #6: Kecil, besar.. tua, muda.. semuanya tidak melepaskan peluang membeli buku
Maka jelaslah sudah, rakyat Malaysia rajin membaca. Minda mereka sudah berhijrah daripada kejumudan buku teks kuning dan paradigma sudah beranjak. Wawasan 2020 bakal tercapai.. ALLAHUAKBAR!!
Ikon negara. Mahkamah depa Dataran Merdeka
Ermm.. saya memang kata kita rajin mambaca, tetapi tidak pula menjamin bebas maksiah.
::Sekian::

No comments:

Post a Comment

Ohana :)