Monday, May 23, 2011

Satu Lagi Sebelum Itu..


Alhamdulilah.. selamat juga menjawab soalan Sains 1 tadi. Meskipun pada beberapa soalan saya sangkut gaban; tapi keseluruhannya, saya berpuas hati. HAHAHA.. yang paling syok keluar topik diabetis mellitus dan ikatan hidrogen. KASK

Tinggal satu lagi kertas yang perlu diperjuangkan *selamat maju jaya* terima kasih :). Sebenarnya tidak bersedia sepenuhnya, memandangkan banyak lagi topik yang belum diselesaikan. Fizik saya rasa, bolehlah.. Bologi pun agak selesa juga; tambahan lagi esok ada kelas ulangkaji. Yang paling saya *dan rakan kelas kau yang lain* takutkan adalah Kimia.

Kimia II untuk semester ini agak mencabar. Cabaran itu bersebabkan tiga aspek; pensyarahnya *hmmph-mengumpat* bukanlah, ini penilaian jujur *umpat!* bukan! *hoih kamu dua, diam!!* *ehh.. kau siapa!?* ha'ah, kau siapa? Shuuh.. shuuh!! *haha*, silibusnya, dan kapasiti ilmu yang perlu dihafalkan. Pengiraan jangan cakap, sangatlah membebankan.

Tetapi bagi setiap kesusahan, ada kesenangan. Ini yang saya pelajari dari ayat 6 dan 7, Surahtul Sharh. Bagi saya, reaksi takut ini adalah lumrah pelajar dan tidak bersalah untuk memiliki masalah ini. Rasionalnya takut adalah kita akan belajar lebih.

Huhuu~moga-moga hari Khamis dapat diakhiri dengan senyuman dan bukan kerutan. Kerut menuakan muka dan saya tidak suka tua. Mahu muda sokmo.

Apapun kepada semua *nota: umum, ya* Haha, pesanan ini umum; selamat belajar, selamat menjawab, selamat balik kampung..

*TUNGGU...* Apa lagi!?!?!























*SELAMAT BALIK KAMPUUNGG!!!!!!!!*
Heh, apa kena kau ni.. HAHA, selamat bercuti (walaupun masih awal ucapkan benda ini) 


*huuh, diskriminasi..**DIAM!*

5 comments:

  1. ^^ selamat balik kampung jugaaaa!!!!!!! :)

    P/S: sy belajar pasal hibrid, lgsung x kuar.. Ikatan Hidrogen? gosh..

    ReplyDelete
  2. Kureng.. jadi kau 'target' hibridlah tadi? ..nasib tidak keluar, saya mana ada baca

    ReplyDelete
  3. yah... kureng betul2 hampeh tadi.. patut sy jawab soalan 1 bh 2.. nampak mcm susah, jadi sy abai.. sy jawab no.2 guna apa yg kita belajar dlm bio.. gosh.. nasih perbincangan kelas Miss Dayang yang last 2.. (ada bincang pasal nih) sy ingat ckit2.. ada juga la benda bleh ditulis.. SAKALLII masa makan d kafe, rupa2nya no.1 2 sy ada belajar bh,.. gosh.. sekarang sy cuma berharap apa yg sy tulis 2 mencukupi ja.. BTW, phy is killing me!!!!!!!!! nasib struktur.

    ReplyDelete
  4. Soalan struktur yang lagi membunuh kowt (!?) ..susah dowh (!?!?). AHAHAHAHA

    ReplyDelete
  5. yah.. memang membunuh.. maksud sy, nasib struktur,, kalau phy jadi essay, free2 20 melayang.. pergh, transformasi Yassin..

    ReplyDelete

Ohana :)