A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
Bila anda pertama kali mendengar semua turutan fonetik ini? Adakah anda mengetahuinya dengan sendiri:- buka mata saja, melihat dunia; sudah tahu apa itu A, B, C dan seterusnya? Malah tahu pula bila kesemuanya digunakan, untuk apa. Tidak, bukan?
Semuanya bermula dari seorng guru. Tida kiralah; ibu atau bapa kita, kakak, abang adik.. hatta seorang peminta sedekah sekalipun. Jika dia telah berjaya membuatkan kita tahu sesuatu, maka dialah guru kita. Begitulah besarnya penghargaan saya terhadap guru.
Dan saya tidak menolak kemungkinan bahawa atas penghargaan ini, saya "korban"kan masa depan untuk menjadi ahli politik *bidang kotor* kepada seorang pendidik. Bukan bermegah, cuma optimis dengan kenyataan bahawa saya mungkin menjadi asbab teranjaknya paradigma bangsa. Atau sekurang-kurangnya, menjadi pihak tidak langsung ke arah itu.
Dan saya juga tidak menafikan bahawa imbuhan yang agak tinggi dan "cukup makan" dari kerajaan *tercinta* untuk barisan pendidik menjadi salah satu faktor. Usaha untuk hidup selesa saya, inilah permulaannya. Akan tetapi, jika itu saja yang diambil kira, maka lebih baik menjadi seorang ahli politik. Asal pilihan raya, dapat duit bawah meja.
Bukan.. bukan duit semata-mata. Saya sudah setkan prospek yang jauh untuk mendaulatkan negara. Panggillah saya patritiosme melampaukah, prokerajaankah, saya tidak kisah. Saya sudah berazam untuk menunaikan apa yang saya janji pada diri sendiri. Kesedaran kepada manusia.
Mungkin sekarang, kelihatan agak tidak serius *=.=" memang tidak serius, pun..*. Tapi jangan dicabar darah Bugis; darah seorang Muslim. Usah kamu gentarkan bumi tradisi dan dogma tempat saya berpijak; tidak terusik sikitpun. Prospek perlu dilaksana.
*Eish, kenapa kau pagi-pagi ni Yassin? ..nasionalisme semacam* tidaklah, cuma mengingatkan diri- sendiri.. apa ada salah? *Tidak adalah.. tanya ja.* bagus.
No comments:
Post a Comment