Salaam..tahu tak, salah satu impian saya adalah menjadikan blog ini seinformatif mungkin. Bukanlah mahu menandingi mana-mana penulis blog, cuma itu minat saya. Untuk entri ini, saya ingin berkongsi tiga puluh jenis fobia. Ada yang pelik, ada pula yang sangat pelik. Mari kita mulakan.
![]() |
Herbalis Vietnam, Tran Vahn Hay; mempunyai rambut terpanjang di dunia. Tidak mustahil dia seorang tonsurphobist. |
1. Tonsurphobia: Fobia dengan gunting rambut *ini biasa dialami Rastafarian atau golongan reggae*.
2. Oikophobia: Fobia dengan keluarga/rumah tangga *tidak faham langsung orang yang ada fobia ini*.
![]() |
Mimpi ngeri bagi felinophobist. |
3. Felinophobia: Fobia dengan kucing *sudah pasti, Nad tidak memiliki fobia ini*.
4. Acrophobia: Fobia dengan ketinggian *saya adalah pesakit fobia ini, tapi tidaklah kritikal sangat*.
5. Agoraphobia: Fobia dengan kawasan lapang *pelik, pelik...*
6. Aerophobia: Fobia dengan terbang dan melayang *=,="*
7. Claustrophobia: Fobia dengan kawasan sempit/terkurung *fobia utama saya*.
8. Ornithophobia: Fobia dengan burung *ini lagi pelik*.
9. Ephiphobia: Fobia dengan remaja *WAHAHAHA~majoritinya golongan veteranlah yang menghidap ini*.
![]() |
Atrositi Jerman semasa Perang Dunia II menjadi salah satu faktor tercetusnya sikap Germanophobia. |
10. Germanophobia: Fobia dengan orang Jerman *ini mesti terpengaruh dengan latar Nazisme Jerman*.
11. Venustraphobia: Fobia dengan wanita cantik *Wuhuu~pernah dengar suatu kes di Amerika, seorng lelaki bunuh beberapa orang wanita. Bila disoal siasat punca dia melakukan sedemikian, dia kata, "Saya tidak tahan melihat kecantikan mereka". LOL.*
12. Chromophobia; Fobia dengan warna *macamana mau hidup ini..*
13. Choreophobia: Fobia dengan tarian *wahaa, ini mesti kes tidak pandai menari ni* macam kau *kurengg..*
14. Theophobia: Fobia dengan Tuhan *biasa pada orang yang beriman*.
15. Chronophobia: Fobia dengan masa *inilah setakat ini yang terpelik*.
16. Astrophobia: Fobia dengan angkasa lepas *biasa ini.. terlalu tengok wayang 'Star Trek'*.
17. Meteorophobia: Fobia dengan meteor *biasa*.
18. Photophobia: Fobia dengan cahaya berlebihan *kesiann..*
19. Autophobia: Fobia untuk bersendirian *semua manusia, kalau terlalu sendiri, akan mengalami ini*.
![]() |
Mungkin beginilah seorang ovophobist melihat telur. |
20. Ovophobia: Fobia dengan telur *=,="*
21. Coulrophobia: Fobia dengan badut *saya..*.
22. Nyctophobia: Fobia dengan kegelapan *saya.. sikit-sikitlah*.
23. Necrophobia: Fobia dengan mayat *tidak pelik; biasa saja*.
24. Entomophobia: Fobia dengan serangga *pernah dulu..*.
25. Sociophobia: Fobia dengan keramaian *Nad, jangan tersinggung ;)*
![]() |
Gila panjang nama premis.. saya pun jadi takut. |
26. Hippopotomonstrosesquipedaliophobia: Fobia dengan perkataan panjang. *D'LOL, nama fobia itu
sendiri menakutkan*.
27. Koumpounophobia: Fobia dengan butang *=D Gelak besar dengan orang sebegini*.
![]() |
Pwned lelaki Korea.. bukan semua meminati kamu. |
28. Androphobia: Fobia dengan lelaki *aduhai...*.
29. Chemophobia; Fobia dengan kimia *mereka yang menghargai kecantikan/kebaikan semula jadi*.
30. Phobophobia: Fobia dengan fobia *terbaik!*.
(sumber imej: Google)
blogfobia pun ada...xleh tgok blog, mesti nak komen..
ReplyDeleteHAHA..ya jugak. Betul, saya blogphobia *kalau Kari-Ngeriphobia?*
ReplyDelete7 dan 24.. Sheeezzz... AND, 25, :) sy xda.. cuma x suka ja..
ReplyDeleteHahaa.. kiddinglah. :)
ReplyDelete