Monday, June 13, 2011

Jenis-Jenis Fobia

Salaam..tahu tak, salah satu impian saya adalah menjadikan blog ini seinformatif mungkin. Bukanlah mahu menandingi mana-mana penulis blog, cuma itu minat saya. Untuk entri ini, saya ingin berkongsi tiga puluh jenis fobia. Ada yang pelik, ada pula yang sangat pelik. Mari kita mulakan.
Herbalis Vietnam, Tran Vahn Hay; mempunyai
rambut terpanjang di dunia. Tidak mustahil dia
seorang tonsurphobist.
1. Tonsurphobia: Fobia dengan gunting rambut *ini biasa dialami Rastafarian atau golongan reggae*.

2. Oikophobia: Fobia dengan keluarga/rumah tangga *tidak faham langsung orang yang ada fobia ini*.
Mimpi ngeri bagi felinophobist.
3. Felinophobia: Fobia dengan kucing *sudah pasti, Nad tidak memiliki fobia ini*.

4. Acrophobia: Fobia dengan ketinggian *saya adalah pesakit fobia ini, tapi tidaklah kritikal sangat*.

5. Agoraphobia: Fobia dengan kawasan lapang *pelik, pelik...*

6. Aerophobia: Fobia dengan terbang dan melayang *=,="*

7. Claustrophobia: Fobia dengan kawasan sempit/terkurung *fobia utama saya*.

8. Ornithophobia: Fobia dengan burung *ini lagi pelik*.

9. Ephiphobia: Fobia dengan remaja *WAHAHAHA~majoritinya golongan veteranlah yang menghidap ini*.
Atrositi Jerman semasa Perang Dunia II menjadi salah satu faktor
tercetusnya sikap Germanophobia.
10. Germanophobia: Fobia dengan orang Jerman *ini mesti terpengaruh dengan latar Nazisme Jerman*.

11. Venustraphobia: Fobia dengan wanita cantik *Wuhuu~pernah dengar suatu kes di Amerika, seorng lelaki bunuh beberapa orang wanita. Bila disoal siasat punca dia melakukan sedemikian, dia kata, "Saya tidak tahan melihat kecantikan mereka". LOL.*

12. Chromophobia; Fobia dengan warna *macamana mau hidup ini..*

13. Choreophobia: Fobia dengan tarian *wahaa, ini mesti kes tidak pandai menari ni* macam kau *kurengg..*

14. Theophobia: Fobia dengan Tuhan *biasa pada orang yang beriman*.

15. Chronophobia: Fobia dengan masa *inilah setakat ini yang terpelik*.

16. Astrophobia: Fobia dengan angkasa lepas *biasa ini.. terlalu tengok wayang 'Star Trek'*.

17. Meteorophobia: Fobia dengan meteor *biasa*.
18. Photophobia: Fobia dengan cahaya berlebihan *kesiann..*

19. Autophobia: Fobia untuk bersendirian *semua manusia, kalau terlalu sendiri, akan mengalami ini*.
Mungkin beginilah seorang ovophobist melihat telur.
20. Ovophobia: Fobia dengan telur *=,="*

21. Coulrophobia: Fobia dengan badut *saya..*.
22. Nyctophobia: Fobia dengan kegelapan *saya.. sikit-sikitlah*.

23. Necrophobia: Fobia dengan mayat *tidak pelik; biasa saja*.

24. Entomophobia: Fobia dengan serangga *pernah dulu..*.

25. Sociophobia: Fobia dengan keramaian *Nad, jangan tersinggung ;)*
Gila panjang nama premis.. saya pun jadi takut.
26. Hippopotomonstrosesquipedaliophobia: Fobia dengan perkataan panjang. *D'LOL, nama fobia itu 
sendiri menakutkan*.

27. Koumpounophobia: Fobia dengan butang *=D Gelak besar dengan orang sebegini*.
Pwned lelaki Korea.. bukan semua meminati kamu.
28. Androphobia: Fobia dengan lelaki *aduhai...*.

29. Chemophobia; Fobia dengan kimia *mereka yang menghargai kecantikan/kebaikan semula jadi*.

30. Phobophobia: Fobia dengan fobia *terbaik!*.

(sumber imej: Google)

4 comments:

  1. blogfobia pun ada...xleh tgok blog, mesti nak komen..

    ReplyDelete
  2. HAHA..ya jugak. Betul, saya blogphobia *kalau Kari-Ngeriphobia?*

    ReplyDelete
  3. 7 dan 24.. Sheeezzz... AND, 25, :) sy xda.. cuma x suka ja..

    ReplyDelete

Ohana :)