Wednesday, June 15, 2011

Ekrpresi Super Rawak!

Salaam...hujan di luar tu. Awan berkepul seperti kapas, berwarna merah. Angin yang tersangatlah dingin memaksaku untuk menarik sehelai selimut, lantas berkelubung di dalamnya. Sejuk sangat, dan hujan masih turun. Baiklah, malas mahu menunda-nunda pos. terus sajalah kepada isi. Sebenarnya...

*sebenarnya apa?*

...sebenarnya, saya tidak ada apa untuk ditulis, sekadar mengekspresikan diri. Kenapa, rasa tidak puas hati? Hehe. Sebenarnya saya mahu meluahkan rasa kecewa saya kepada remaja zaman sekarang.
"Woi korang, kenapa korang main ikut tunjuk ja, ah? Korang tiada otakkah untuk berfikir bahawa kedamaian sekarang lebih baik dari risiko lima puluh-lima puluh yang korang banggakan sangat tu!"
Jangan terlalu fanatik dalam menyokong satu-satu parti politik. Dan kalau benar mahu berpolitik, biar kaji dahulu dalam-dalam sejarah Malaysia, sejarah Islam. Jangan main ikut apa yang ibu atau bapa atau imam anda undi saja. Taqlid a'maa namanya itu.

Memandangkan saya non-partisan, maka beberapa kawan rapat selalu melakukan provokasi kepada saya. Pasal duit royaltilah, pasal RON97 lah, pasal kenaikan gaji guru RM500 lah. Aduh... saya tiada masa melayan, namun demi mempertahankan prinsip, selalu juga saya layan. Dan selalunya; kedua-dua pihak menemukan jalan buntu.

Pernah sekali itu, dua orang sahabat sekali datang 'tembak' saya. Punya main gelabah, sampai begitu sekali fanatisisme mereka, sampai mahu 'bunuh' pegangan kawan :). Isunya, pasal kewangan kerajaan dan isu air percuma di Selangor *isi diskusi tidak molek diposkan di sini, takut-takut pengarah ISA baca blog ini, habis*. Tetapi saya boleh katakan mereka kehabisan poin.

Bukan mahu berbangga, tidak... tetapi saya mahu menekankan, tolonglah fikir pada lapangan yang lebih jauh, pada ruang lingkup kesan yang lebih ekstensif. Berpolitik ini macam main lumpur, tahu. Mustahil tidak tercalit sedikitpun tanah pada badan. Pasti ada. 

Jangan berpolitik, orang muda. Biar apapun alasanmu, jangan pernah terjun pada lopak politik. Kalau mahu belajar, itu lain cerita. Belajar politik bagi saya fardhu kifayah. Kalau tiada pemimpin pada masa akan datang, susah juga. Jadi belajar.

Haha, sungguh ironis bila menuliskan itu. Penulis sendiri perlu belajar banyak, pasal negara ini. Bukan berniat untuk menyarung kot hitam dan duduk dalam bangunan berkubah hijau itu, cuma rasa tertarik dengan politik (atas pengaruh rakan sebaya... dan atas pengaruh cita-cita lampau *saya dahulu mahu mengambil bidang Sains Politik. "Nasib baik" tidak dapat*).

Sekian saja.


5 comments:

  1. Ehem, x pernah minat politik. Tapi, betul jua neh cakap ko, kena belajar jg.. I know nothing about it (bukan juga zero la), sebab sy x minat...

    ReplyDelete
  2. Ndapa bha. Perlahan-lahan.. (tahun depan kau jadi penolo--salah, kau jadi ketua kelas)

    ReplyDelete
  3. TIDAK MAHU. (Sila lihat ke-serius-an sy melalui cara menaip yang skema)

    AND YEAH.. Sedar juga ada imbuhan sendiri..

    ANYWAY, I'M SERIOUS. >:|

    ReplyDelete
  4. HAHA.. bha, bha. Kita sama-sama belajar, OK?

    ReplyDelete
  5. Okaii... :) I'm gonna take my time.. (slow learner.)

    ReplyDelete

Ohana :)