Tuesday, June 14, 2011

Kelahiran Makhluk Tuhan (Peristiwa Yang Mengharukan)

Salaam...ini kucing, namanya Chomel *sebenarnya ejaan itu "Comel"* saja mahu meng-'emphasize'-kan maksud comel itu sendiri. Dia merupakan seekor kucing betina yang bunting dan dia agak comel jugaklah.. sesuai dengan nama. Dia kucing keluarga saya yang kedua senior selepas si Kiki *dekat setahun sudah ni, umur si Chomel**sepatutnya pos ini ditulis sehari lalu**DIAM!* OK, memang betul cakap si... hmm, Ungu tu. Kelmarin si Chomel selamat melahirkan anaknya. Comel-comel semuanya, saya rasa si Chomel ini memang dari baka yang baik. Di bawah merupakan gambar sebelum dia bersalin *wehh, beranaklah..* ah ya.. hehe, beranak.

Tidak perlu menjerit "Awww~~" dengan kuat. Saya tahu dia comel.
Mata dia sangat memberi kesan psikologi. Kalau kami makan (terutamanya ayah),
 mesti dia datang dekat dan berdiri, minta makanan. Siap pegang tangan ayah lagi :)
Merenung masa depan anak-anak *Yassin, berhenti melayan Chomel seperti dia seorang manusia.
Dia kucinglah!* Eh, dia yang mula dulu..

Boncit dan muka yang kepenatan *saya faham rasa lelah ketika mengandung..* weits!
Berdasarkan beberapa gambar di atas, kamu rasa ada berapa ekor anak kucing yang Chomel lahirkan? Dua, tiga atau empat? Sebenarnya ada empat ekor anak yang dilahirkannya. Adik perempuan saya pula yang gembira apabila si Chomel melahirkan anaknya *macam dia yang bersalin, HAHA* HAHAHA, ada-ada sajalah kau ni.

Mari saya cerita detik-detik terakhir sebelum anak-anaknya lahir: pagi itu (sekitar jam 2.00AM), adik saya yang tidur berdekatan dengan ibu terdengar suara dengusan bercampur rengekan kecil. Selepas itu, dia ternampak si Chomel tengah mengiau *atau mengerang* berhampiran ibu. Mungkin meminta pertolongan dari ibu *biasalah, ini pertama kali dia melahirkan anak*. Adik saya bangunkanlah ibu.

Ibu terbangun dan terus berdiri. Dia hanya mampu mengusap lembut kepala Chomel, memberi kekuatan.Setelah dalam beberapa puluh minit bertarung, akhirnya terbunjul satu kepala. Ada tangisan halus yang bergema dalam kegelapan malam itu. Ibu terus bangkit, duduk di ruang tamu untuk memberikan Chomel ruang bagi melahirkan anaknya yang lain. Mereka (ibu dan dua adik saya) ingat hanya dua anaknya, sekali periksa semula, rupanya empat. Sekarang spekulasi bahawa ada lagi satu anaknya yang belum dilahirkan berlegar *BALK, kau ingat ini macam cerita konspirasi, kah? Berhenti buat begitu*.

Inilah alhasilnya.





Kecil kepala dia...comel sangat.


Nampak tak, uri tembuninya *yang warna merah tu.. waiiiii...* HAHAHA, kan diri sendiri terkena.



"Selamat melihat dunia, Si Putih Salji!!". 

(gambar: kredit kepada adik perempuan saya, Nur Amalina)
First Alphabet

11 comments:

  1. MasyaAllah comel nya... :3 cute baby kitties

    ReplyDelete
  2. Tahniah Yassin, ko dah jadi bapa....hehe...jadilah bapa yang baik terhadap anak2 kucing tuh

    ReplyDelete
  3. Farah: Chomel, kan??? <3 <3 <3

    Zudien: Saya janji akan melaksanakan komitmen sebaik mungkin *sebagai tuan kucing ini*

    ReplyDelete
  4. jgn smpai dorang report kat mahkamah syariah...hehe

    ReplyDelete
  5. KIUT!!! Jangan dulu pegang aah...

    ReplyDelete
  6. Sudah pegang.. comel rengekan dorang :')

    ReplyDelete
  7. Nda, I'm telling you bukan sebab jeles (walaupun sy memang jeles!!!!!) tapi.. sebab ada kucing yg x mau lagi anak dorg kalau kena pegang.. ada juga yg makan anak dorg neh.. Bukan semua kucing la rasanya.. Bukan sengaja kasi takut, ini pengalaman dari kucing nenek sy.. and dari TV series sket2.

    ReplyDelete
  8. Ceh.. pengaruh media massa HAHAHA. Ya, adik saya suka dukung anaknya. Sekarang ndak tau mana sudah dia tapuk, takut dikacaulah tu.

    ReplyDelete
  9. Nda laa.. tula, kucing kalau kena pegang awal anak2 dia, dia suka kasi pindah.. Nanti ada anak dia mati neh kalau terlalu kerap kena kc pindah.. Paling extreme kucing nenek sy laa.. sampai pg ceiling rumah dia bawa 2 anak2 dia.. PERGH...

    ReplyDelete
  10. Adedda...ekstrim gaban kucing nenek kau. Jadi macamanalah diselamat *tolong jangan cakap kaupanjat siling, akan menyebabkan saya ketawa kuat nanti*.

    ReplyDelete
  11. ndalaa.. tym 2 belum masuk zaman kanak2 nakal tahap paling ektrem sy.. mencari juga la dari mana dia ikut jalan untuk naik pg ceiling.. sy pun x tau apa jadi oh sma 2 anak kucing.. ><

    ReplyDelete

Ohana :)