Friday, June 10, 2011

Nostalgia #1

 Salaam... OK, pengakuan jujur. Ini mungkin blog pos saya yang paling montel, chomel dan tersangatlah nostalgik *???sebab???* Sebabnya... ahh, saksikanlah sendiri di bawah ini *ayah saya pengumpul gambar dulu-dulu paling mantap. Semua gambar beliau simpan serapi-rapinya*.

Melihat semua kepingan gambar ini, saya mula perasan; masa berlalu begitu pantas. Sangat pantas, kadangkala saya menyangkakan ianya hanya mimpi. Mengharapkan semua ini sebagai mimpi walau bagaimanapun, adalah suatu kesalahan mensyukuri takdir. Saya bersyukur dengan diri saya sekarang *walau ada sedikit konflik*.

Dengan mensyukuri masa sekarang, saya menghargai apa yang di belakang kerana masa lalu pernah menjadi masa sekarang saya. Rindu agak juga, mengenangkan hari-hari tersebut *eh, banyak cakap pulak, bagi tengok jalah* bha, bha.
Ketika berumur lebih kurang dua tahun.
Tiga tahun. Baju Melayu yang {W I N R A R}.
Ketika bermain di Kentucky Fried Chicken.
"Baik punyaa!!" kata kakak saya *baiklah, itu bukan dialognya*
"Brrrr~~" semasa berumur tiga/empat tahun (tidak ingat :( )
Ahaa.. inilah antara insiden yang paling saya ingat. Masa tu, ibu mahu pergi sekolah, mengajar. Saya anak yang manja masa itu  *sekarang pun, masih* ISHH!! *apa!? ;)* Hmm. Jadinya, tidak boleh berenggang sedikit, terus mengamuk. Jadinya...
...pak cik saya pun pujuk. Pak cik saya yang sangat penyayang dengan saya dulu :D
Satu tahun...jauh beza muka, tapi kech*m*l*n masih kekal ;) WAHAHAHAA~ *DUH!*
Setelah berusaha merebut kek, akhirnya saya berjaya mendapatkan Black Forest itu :O *tidak akan lupa saat itu*.
Semasa  Darjah Dua dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pekan Keningau, Keningau.

Sewaktu berumur enam tahun.. masa ini sedang belajar di Pusat Asuhan Tarbiyah Islam (PASTI) *eh, betulkah kepanjangannya tu?*

Tiga tahun...tertangkap oleh kamera dalam cubaan merasa sedikit kek milik abang saudara. Malu beb! (!?)

Cuba teka; saya yang mana? (ketika ini berusia tujuh tahun, tidak silap saya)

Berusia tujuh tahun, bergambar hari raya bersama adik ketiga dan kakak sulung *cuba perhatikan gambar pada baju saya, minat sangat dengan karakter itu*.
Nantikan bahagian kedua dan ketiga :)

10 comments:

  1. COMEL!!!!!! Ko pun kanak2 ribena mcm Dinn!!!

    ReplyDelete
  2. Memang..sekarang pun (statement muntah hijau)

    ReplyDelete
  3. Perghhh..... pic paling kiut masa 3 tahun..

    ReplyDelete
  4. kanak2 MILO dengar lebih sedap...atau kanak2 kopi...ribena x sedap

    ReplyDelete
  5. Nadiah: Thanks.
    Zudien: WAHAHAHA..kanak-kanak Kopiko

    ReplyDelete
  6. Kanak2 kopiko??? I loike.....!!!

    ReplyDelete
  7. Why Tembikai? Pilih la durian kaa... eh, to think about it, sy belum pernah dengan jus durian... Hehe. Ada resipi baru. Mo cari blender dulu (muka adik2 sy risau suda)

    ReplyDelete
  8. Nad: Kau pandai buat resepi, kah? Saya kanak-kanak Jus Tembikai sebab kalau di Velo, selalu pesan benda alah tu (bagus untuk kulit) *yakah?!?

    ReplyDelete

Ohana :)