Saturday, June 11, 2011

Nostalgia #2

Salaam..ini sekuel bagi siri 'Nostalgia #1' yang baru saya poskan semalam. Ini adalah sekuel terakhir, saya malas mahu tulis/pos secara berfasa. Sekali jalan saja. *Komen untuk semua gambar ini?* Time fled fast, that's all.
-
-
dan satu lagi; saya betul-betul rindukan Asal saya. Melihat gambar ini, saya rasa semakin dekat dengan Pencipta. Yalah, masa berlalu pantas; esok-esok, sudah tua. Lepas itu mati dan bertemu
 Dia. Hurmm.. tidak pasti sama ada saya mampu menjawab soalan Munkar dan Nakir.

Bersama Ayah...terbaik!

Ni gambar paling W I N. Tengok bha ketul ayam tu...sama besar dengan muka saya *mungkin dari sinilah kau dapat Ke'efsimania, :D* HAHAHAHA...mungkin.

"Peace!"

Dalam Tingkatan Tiga masa ini...lama tidak meraikan Hari Raya, tapi saya no feeling jugak. Sama ja bha, yang penting penghargaan kita kepada Tuhan *amboi, bersoloroh...padahal memang rindu~* SUDAHH!! :O

Tiga tahun...baju yang saya pakai itu, saya ingat kekal selama beberapa tahun. Sayang oh, entah mana sudah tinggal (sebab selalu berpindah-randah, *itu yang ketinggalan tu, di mana-mana*)

Tingkatan Empat, semasa bersekolah di SMK Tawau...ini belum dapat keputusan masuk MRSM lagi, tidak silap. Cuak gila bila dapat... pertama kali berpisah dari keluarga. Tapi memang berbaloilah..dapat kenal baaaaaanyak kawan. Dan di situlah (MRSM Kinarut) saya jumpa BFFs saya *dan...* DAN!?!? *ehehe... tiadalah*.

Jangan memandu jika mengantuk...HAHAHA, inilah jadinya. Ibu kata, ini masa umur dua tahun; mengantuk tapi mahu juga main (entahlah, lebih kurang begitulah ceritanya) *WAHAHA, sikit lagi terlanggar meja tu..*

Merajuk....entah apa sebabnya, saya sudah lupa.

Posisi yang UMPH!! HAHAHA...berusia lima tahun, kali.


Ketika makanan dihidangkan *mata melihat pelayan wanita* HUH, kecil-kecil gelenyak! Gurau...

Kurang setahun.


Gambar terbaik daripada segala koleksi gambar yang ayah saya simpan...sangat nostalgik gambar ini. Melihatnya saja sudah cukup untuk mengungkap segala peristiwa yang berlaku semasa saya kecil; bermain air banjir, mengacau nenek kami, kacau ibu memasak, tengok wayang 'Piranha', bermain piano mini, menonton Ultraman, Mickey Mouse dan pelbagai lagi. Guna kaset video bro--masa itu--kalau mahu menonton wayang Tom & Jerry. Iklan Axion dan berkunjung ke rumah kakak saudara, bubur + Bovril, Nestum dan Nespray minuman saya. Teringat juga peristiwa jatuh telaga, berhari raya dengan Pajero milik mak cik saya, berbaju perempuan *milik kakaknya* LOL, lepas itu kena ejek.. terus lari balik rumah :'D ; ahh.. banyak lagi! Memang gambar ini paling saya sayang *tapi sudah diconteng =_=" oleh adik saya yang lain..* WAHAHAHA.. nakal mereka.

Lima atau enam tahun.

Lepas menjamu selera, kita main pulak.. main buaian.

Saya sekarang *saya tahu, ada jurang beza yang sangat besar..*

WUHUU~peminat 'Robocop'. Kasut kulit tu, dengan kakak tersayang. Masa ini, pergi buat lawatan kesihatan *untuk siapa?* ibu kot..

Tiga di kiri adalah saya, kakak dan adik (Ajid... comelkan~). Dua di kanan adalah saudara.

Bergambar bersama Allahyarham nenek saya...masa ini, saya berumur lima belas tahun dan masih menunggu keputusan PMR

Ini adik bongsu... ramai orang kata, muka kami masa kecil seiras, malah serupa *memang pun..* diamlah, bukan tanya kau.

Tingkatan Dua... muka poyo gila :D *berani kau ketawakan saya* WARGHGAGAGAGA~lucu amat.
Itu saja, teman-teman. Terima kasih kerana sudi berkunjung dan membaca *kalau mau tidak bacapun, saya tidak kisah* WAH!!!!! Betul.. 'Blog Ini Semestaku'!

4 comments:

  1. Adik ko n ko punya muka tym kecil memang seiras.....! Gambar raya 2 bh, nampak gila neh muka kamu suma sama.. ada iras2.. muka kami adik beradik jauh beza nehhh... Serius neh yassin, kiut oh ko waktu kecil, GAHAHAAAHAHAHA.. Besar gila perubahan dari form 2 sampai form 4... gambar paling win, YANG LAST.

    ReplyDelete
  2. Tei! Jauh beza konon, padahal... apapun, kami memang seiras gila (ini buat saya bangga, tahu?). WAKAKAKA, masa kecil ja kah chomel? *wootwoot*. Nad, saya semakin tua; saya sedih *tidak apa*.

    ReplyDelete
  3. Memang jauh beza, mungkin tym form 4 ko masuk fasa rebellious.. Pernah ka masuk fasa itu..? Haha. BEEEE... Skil mau2 kena puji kiut sekarang juga! WAKAKAKKAKAKAKA! Jan risau, ko masih kiut, tapi x bleh fight sy la.. WAHAHAHHAHA.. ADEEHH.. TER-perasan pla..

    ReplyDelete
  4. Rebellious tu apanya? Saya mana pernah berperangai rebellious *actually Nad, saya memang kadang-kadang sangat rebellious, tapi rebel dalam hati; HAHAHA*

    ReplyDelete

Ohana :)