Salaam...Stres juga dengar jerit-pekik dari stadium bola sepak dekat maktab ini *hehe, dia memang anti-bola sikit* Ahh, bikin malu ja, kau ni! *betul apa!?* Okaylah, saya akui. Namun selain faktor tidak minat, ada sebab lain yang mendorong ke-tidak minat-an saya *imbuhan baru*. Teruskan... (oh ya, maafkan saya aturan gambar semberono. Pos ini adalah 'Notes' saya dalam Facebook. Formatnya lain).
Sesungguhnya,Allah SWT telah berfirman di dalam Al-Qur`an:
"Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya dia musuh yang nyata terhadap kamu" Surah Yaasiin,ayat 60
Di dalam ayat ini, dengan terang dan jelas, Allah melarang kita dari bersujud pada syaitan dan pengaruhnya. Tidak semestinya bersujud sahaja, secara metaforiknya. Penyembahan juga berlaku apabila kita meninggalkan suruhan Allah SWT, mencemari kehidupan Islam dan sebagainya dan juga apabila berhala-berhala disanjung. Bbegitu jua, tentera-tentera syaitan yang telah merangka pelbagai pelan untuk memusnahkan kita.M uslimin dan Muslimat sekarang ini perlu sentiasa peka pada pelan-pelan tersembunyi milikan mereka.
Pelan yang dibina mereka hanya memiliki dua tujuan;kalau tidak menukar akidah, mereka akan berusaha menyuntik penyakit wahn, kafir dan lalai. Mereka berusaha mengubah pandangan kita terhadap dunia.Keseronokan dunia dijadikan motif hidup dan kita, dengan mudahnya tersepit dalam jerangkap samar mereka.
Salah satu cara untuk mencapai tujuan ini adalah dengan menawarkan kepada para penyebut dua kalimah syahadah hedonisme tanpa batasan. Dan bentuk yang ingin diutarakan di sini adalah berkenaan engan festival bolasepak terbesar di dunia; FIFA.
FIFA diasaskan pada 21 Mei 1904 di Paris, Perancis dan berpusat di Zurich, Switzerland.I a disertai oleh 208 negara di seluruh dunia dan ditonton oleh lebih dua bilion manusia pada satu-satu masa dan di serata dunia. Ia merupakan acara sukan terbesar, diikuti dengan Olimpik. Kenapa saya mengatakan ia sebagai senjata ampuh golongan Elit/Freemason/Illuminati/Luciferian?;
Simbol-simbol berhala
Ini adalah gambaran wajah Horus, salah satu dewa yang disembah oleh golongan buruh/tukang batu sebelum Nabi Musa a.s diutuskan.Fir'aun ketika itu menggunakan gelaran ini kerana sistem teokrasi dahulukala memang seperti itu. Di sini saya sertakan juga dua lagi lukisan dan ukiran Dewa Horus.
Setelah Nabi Musa a.s berjaya melepaskan mereka dari ancaman Fir'aun, baginda kemudiannya menyerahkan tanggungjawab untuk menjaga kaum tersebut kepada Nabi Harun a.s,kerana Nabi Musa a.s ingin berkhalwah bagi meningkatkan keimanan.
Sepanjang pemergian Nabi Musa a.s, puak tersebut kembali kepada ajaran yang diwarisi mereka dari tamadun Fir'aun. Nabi Harun a.s tidak berkuasa menahan mereka. Maka kembalilah mereka pada amalan penyembahan berhala. Patung Horus antara yang disembah..
Jadi,apa signifikannya dengan FIFA?
Perhatikan ini;
Ini adalah logo rasmi FIFA 2010 baru-baru ini.Perhatikan;
Dalam masyarakat kita,simbol ini dipakai di mana-mana; di baju, seluar, buku dan sebagai. Kita tidak langsung menyanjungi Horus. Maaf jika bunyinya kasar sedikit..d ipakai pada baju, dan dibawa bersolat . Adakah diterima ibadah kita?
Sebenarnya, mereka tahu apa efek spiritual simbol pada ruh seseorang, pada minda bawah sedarnya. Pencetakan simbol pagan pada logo-logo akan sentiasa membawa erti negatif pada diri kita. Peminat bola akan cenderung untuk membela minat mereka. Otak mereka dicuci dengan pengertian wahn secara tidak langsung, begitupun ia berbahaya kepada akidah dan jiwa kita. Pemakaian simbol-simbol berhala jauh lebih berbahaya dari pemakaian salib dan 'Star of David', kerana berhala tidak ada kaitan langsung dengan agama wahyu (samawi).
Horus yang disanjungi dan diangkat oleh orang Yahudi pagan/Illuminati/Freemason telah menjadi simbol perpaduan, simbol kehidupan kita. Astaghfirullah..dan jika anda fikir itu penamat kepaganan/kekafiran simbol-simbol dalam FIFA, anda silap.
Gambar di atas menunjukkan sebiji bola tipikal.Biasa saja,tiada apa-apa konspirasi. Sekadar bola..ataukah?
Piramid Adidas dan perkataan Jabulani adalah suatu kultus sesat!
Seperti yang saya katakan di atas, pengagungan budaya dan dogma Mesir amat kuat dalam perkembangan watak kejam dan 'dhool' Yahudi. Bangsa Tukang Batu Mesir ini sukar untuk berpisah dengan kedua ini. Ilustrasi Piramid merupakan manifestasi 'rindu dan cinta' pada Mesir, sekaligus amalan nenek moyang mereka. Bercakap mengenai 'Jabulani' adalah hal yang lebih parah. Tahu apa itu 'Jabulani'?
Dari sudut bahasa Afrika, Jabulani merupakan perkataan yang menggambarkan perasaan gembira, seerti dengan perkataan 'gelukkig'. Sebenarnya, ada kisah lebih dalam di sebalik itu.
Jabulani; jika diperhatikan dengan iman, merupakan percantuman nama tiga berhala, Jah, Ba'al dan On; menjadi frasa 'JahBa'aLon'. Tiga berhala ini merupakan sembahan Freemason, dalam rangkaian untuk menyesatkan manusia, memberi ruang yang lebih mudah dan luas untuk menyambut kedatangan Al Masih al Dajjal.Memudahkan indoktrinasi 'Novus Ordo Seclorum'.
Lukisan ini menceritakan dengan lebih tepat.
Meskipun begitu,hal ini masih rancak diperdebatkan,sama ada benar perkataan 'Jabulani' diambil dari percantuman tiga berhala. ~_=
Perhatikan pula ini;
Sejarah piala FIFA diambil dari mitos dewi Yunani, Nike (Tuhan Kemenangan).Perhatikan betul-betul ukiran itu,dan bandingkan dengan ini;
Nampak?
Dengan tidak sedar, 1.5 billion manusia menyanjung dewi berhala yang telah dilupakan beribu tahun dulu. Maaf, agak kasar. Perdebatan telah berlaku antara saya dengan seorang rakan. Dia yang menyanjungi arena itu dengan bersungguh-sungguh mengatakan bahwa menontonnya adalah harus, kerana rekreasi adalah harus.
Jawabannya mudah; Kenapa mesti FIFA? Kenapa-untuk berekreasi-perlu penyanjungan sedemikian rupa?
Saya sedar ketika itu, agak berat untuk ditinggalkan program ini, tetapi dengan 50 billion pound sterling pembaziran untuk satu acara adalah tidak munasabah. Mereka yang dulunya sentiasa melakukan tahajjud, berhenti seketika untuk memberi ruang pada acara yang lebih 'agung'.
Keluarga terabai, kualiti kerja menurun, sesuai dengan apa yang diinginkan orang Illuminatis/Freemason/Elit.
Wahn dan Wailun. Hedonism. Kelalaian. Keruntuhan umat Islam. Dan yang paling teruk ialah indoktrinasi secara bawah sedar amalan penyanjungan syaitan.
"Red DeviL!!"
"Blue Demon!!"
Dan bermacam-macam pembuncahan akidah dilaungkan. Gelak dan iringan sorak menyeru syaitan membingitkan telinga. Membutakan hati. Dan anda sering bertanya, sebab keruntuhan Islam?
Tanya soalan itu balik. Saya bukanlah sempurna betul, tetapi saya tidak akan membiarkan diri saya dikawal oleh tangan terlaknat mereka. Saya tidak akan tunduk pada 'Novus Ordo Seclorum' ciptaan mereka. Saya bukan boneka agama wathani.
Dan tanya lagi berapa jauh telah kita terlibat dengan occult zalim dan kafir ini? Betapa, dalam Surah Yaasiin, ayat 60:
"Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya dia musuh yang nyata terhadap kamu"
Maka, lihatlah ayat ini mengutuk kita yang sering lupa. Kita yang sering kebutaan pada minat dan keseronokan, sampai ada yang bangkit, mempertahankan diri; membela keberterusan penyanjungan berhala-berhala yang suatu ketika dahulu menjadi 'aduwwum mubiin' kita. Betapa tidakkah kita berasa bersalah? Betapa apa yang ditegah Nabi Musa a.s dan 313 Rasul lainnya menjadi secebis dari diri kita?
Ada banyak lagi simbolik berhala yang diinsemnasikan pada FIFA. Jika ada kelapangan, insyaAllah saya akan tambah. Wallahu'alam fissawab.
No comments:
Post a Comment