Salaam.. ini pos mahu ceritakan pengalaman sebelum saya berangkat ke Kuala Lumpur. Sempat pulak kami singgah di Batu 9 (Ranggu). Tujuannya untuk berjumpa dengan nenek saudara sebelah ibu untuk kali terakhir *Wehh, kali terakhir lagi tuu* bukan, salah.. kali terakhir sebelum berlepas. Memang rindu sangat dengan kampun itu, sudah dekat setahun tidak berkunjung *awak mesti bergurau... setahun tu, lamakah?**sudah, jangan berseloroh. Orang mau baca pos kau, bukan luahan hati karat kau* Yalah, bagi orang seperti saya, seharipun kira lama betul okey, okey...
Ibu: Cin, mau singgah Ranggu?
Saya: Sempatkah tu?
Ibu: Jam berapa jugak 'flight'mu?
Saya: Jam 11... dekat jam 12 jugaklah. Kalau mau pergi bolehlah, sebab paling lewat 'check-in' 45 minit sebelum perlepasan.
Ibu: OKlah.. bang, singgahlah Ranggu. Ocin mahu tengok nenek Angguknya.
Maka, arakian singgahlah kami ke Ranggu demi bertemu dengan nenek saudara saya. Banyak gambar dari penulisan, unuk pos kali ini. Maaf *alaa, macamlah ada yang mau baca penulisan kau*. Gambar yang diposkan adalah pilihan peribadi saya sendiri yang saya rasa, paling tepat untuk menggambarkan suasana desa Kg. Ranggu.
 |
Bersama kakak tersayang. |
 |
Itik, ayam, anjing dan kucing, malahan gagak jadi haiwan peliharaan mak cik saya. Mereka ini jenis penyayang sedikit. Pantang tengok haiwan kesusahan, terus diheret bawa balik rumah. |
 |
Cuba teka berapa umur kipas ini... |
 |
Gambar terbaik untuk kelmarin, bagi saya. |
 |
Masih dapat menghidu aroma kehijauan dan keheningna kampung ini. Walaupun tengah hari, keadaan seperti pagi. Sangat sejuk *ini yang Yassin paling suka pasal Kg. Ranggu*. |
 |
Air sungainya yang berwarna putih. Entah kenapa berubah warnanya. Kalau masa saya kecil, masih jernih. Nampak anak udang air tawar berkejaran. |
 |
Ini gambar, kalau disunting, memang da bomb. Untuk mengekalkan auranya, saya meninggalkannya tanpa apa-apa suntingan. |
 |
Kakak sedang leka memerhatikan gelagat Nenek Angguk. Nenek Angguk merupakan kakak kandung kepada Allahyarham nenek saya. Umur wanita agung ini sudah masuk 87 tahun *walaupun saya rasa umurnya jauh lebih tua*. Prinsipnya mudah, "Kalau penyakit jangan dimanja. Kalau dimanja, jadi lembik badan kita". |
 |
Kehijauan yang beratus ekar luasnya. Saya tidak tahu atas dasar apa saya menyukai bahagian ini. Laman ini mengingatkan saya kepada sesuatu, satu masa dahulu. |
 |
Dalam perjalanan ni... comel, tidak? *Baik kamu kata comel, dia marah nanti*. HAHA, Sven ni... tidaklah. |
 |
Teman ayah yang paling rapat dan dialah yang paling rajin membantu ayah bertukang. |
 |
Tiga orang paling senior dalam leluhur adik-beradik kami. |
 |
Bukit Tabel apa entah. Berkabus, memang mengerikan. Menambah keseraman itu adalah kenyataan bahawa ada jirat Cina di hadapan kamera saya *kesian Hazel~* |
 |
Bukit Belah...saya panggil bukit Batu Payung. Bukit ini ada banyak legenda, dan banyak misteri menyelubunginya. |
 |
Lori terbang!!!!!!!! HAHA~Ilusi optik. Lori itu memang pelakon yang baik *well done*. |
 |
Belilah Levi's... iklan yang terpapar pada gambar ini adalah kebetulan. |
 |
Bahagian antechamber rumah nenek saudara. Agak klasik dan nostalgik *aku suka guna perkataan nostalgik, kan?* ya, itu saja perkataan yang mampu saya fikirkan. |
 |
"Jaga kepala, dik!" kataku. HAHA, perasaan bernovel datang semula. |
 |
Bas. Anda nampak? |
 |
KASK. Memang bertuah dapat gambar ini. *Kenapa?* sebab semasa gambar ini diambil, kereta sedang bergerak. Magik bila foto yang terhasil betul-betul menangkap imej Hitachi. |
 |
Pembangunan ;( |
memang nostalgik....
ReplyDeleteGambar terbaik ko... MEMANG TERBAEKKKK!!
ReplyDeleteWawa: Terima kasih. Sedikit saja yang faham cara saya.. :)
ReplyDeleteNad: Terima kasih juga. Akan cari perspektif lebih baik lagi untuk foto yang lebih cemerlang. HIDUP HAZELL!!