Friday, July 15, 2011

Euforia Hidup

Salaam..kemanisan hidup, 
Adalah bunga-bunga usaha, dan penghargaan;
Yang mekar atas natijah ikhtiar dan kesedaran.

Hidup itu tiada duanya; malahan satupun tidak.
Terlalu sempit untuk disia-siakan; perlu dimanfaati.

Kadang-kadang aku berfikir,
Perlukah semua perbalahan ini, sedangkan kita sama-sama ingin ke syurga?
Astaghfirullahal aziiim.. ampunkan aku, ya Allah.
Kawan-kawan; minta maaf atas segalanya.
Dalam kegelapan.. andai masih kaumampu mengukir senyum:-
maka engkaulah tersuluh anak didik pendita. Terima kasih, guru.
Kaubakar dirimu demi menyuluhi anak yang nakal ini :)
Dan adakalanya; anda menjadi suluh.
Kesuraman tiadalah menjadi penghalang ukhuwah. Kehidupan ini tidak mungkin berwarna-warni tanpa simpulan persaudaraan. 
Dan ada pula dalam kecerahan, menangisi diri-sendiri. Bukan dengan air mata, tetapi dengan kepalsuan gelak tawa.
Apalah si naif bisa berbuat; bila dirinya disindir dan terus-terusan disindir kerana cuba menegakkan pendapat. 
Sesetengah cuma bersikap neutral pada situasi yang menimpa. Bukan tidak mahu ikut serta,
tetapi sudah diketahuinya walhasil bersikap pro dan anti.
Tidak lupa juga... mereka yang masih berdiri di situ. Memerhati; cuba juga bersikap neutral.
Sedang yang diperhatikan cumalah visi dan janji yang kabur.
Yang diobservasi adalah sekadar retorik manusia. Alahailah manusia...
Maka pada saat itulah, hati ditarik kepada Pencipta. Untuk tunduk padaNya
dan meminta sungguh-sungguh kekuatan bagi meneruskan perjuangan yang tersisa.
Hidayah adalah hadiah terindah buat si hamba.
Hidayah menerangkan jalan yang paling gelap, kerana perjalanan hidup itu, denainya berduri.
Tiadalah anak Adam dapat melepaskan diri daripada perjalanan hidup
melainkan dengan membawa parut dan kudis bersama-sama.
Hidayahlah yang menguatkan setiap soerang daripada kita.
Orang referens disuruh berkumpul. Loceng iman sudah berdentingan, menyeru jiwa yang kekeringan untuk memenuhi saf-saf keamanan. Kembali kepada Tuhan untuk sepuluh minit.
Sesekali, kita melangkah ke depan untuk melakukan suatu perubahan. Sedang yang lain asyik menimbang-nimbang kemungkinan dan risiko, kita memberanikan diri meloncat dari tebing realiti, lalu menggapai tebing sebelah sana. Tebing kejayaan. Itupun inshaAllah; berkat hidayah.
"Ahh, terlalu banyak berfikir!" Sampai ke matahari mimpi itu melayang. Tiada semuanya.di dunia ini. Tiada semuanya melainkan apabila kita mahu meng'ada'kannya pada diri kita. 
Menoleh belakang...teman-teman sedang berseronok-seronok dengan Sunnah Nabiyullah SAW.
Adapun, yang masih enggan berganjak daripada kekangan agama.
Suka saja dia, untuk taat pada Tuhan dan patuh pada Rasuul.
Menjunjung stail Nabiyullah atas kepercayaan bahawa;
Baginda manusia terhebat.
Membaca akhbar terkini, demi melihat perkembangan ummah.
Buat yang teraniaya, mereka sabar menjalaninya dengan senyuman (meskipun senyuman paksa).
Buat yang lain pula, isu-isu diutarakan dengan rancaknya.
Sempat mereka memprovokasi satu antara yang lain, demi menguji ketahanan iman.
Kadang-kadang, rasa diri bagai bunga apabila iman diprovokasi...senang layu sewaktu tercabut dari akar.
Meskipun isinya masih ranum berlimpahan dengan madu,
Terperasan dia bahawa lampu prinsip semakin malap.

No comments:

Post a Comment

Ohana :)