Tuesday, July 26, 2011

Mengapungkan Diri~

Salaam...HAHAHAHAHAHA *kenapa??* HAHAHAHAHAHA. Saya jarang gila pos benda-benda semacam ini. But this one is too good to be ignored or not publisized. 
Beliau obses mungkin, dengan 'street magic' David Blaine yang mampu mengapungkan diri. Jadi, rasa cemburu:- terus ambil kamera dan tangkap gambar 'tricky'. *Ini bukan penerangan senario sebenar*. 
Saya sangat, sangat tertarik tengok semua gambar di bawah ini. Hasil kreativiti Natsumi Hayashi, gadis Jepun dengan bakat serta bajet yang banyak. Ketekunan juga perlu kerana kadang-kadang untuk satu gambar menjadi sempurna, kena buat tiga ratus kali tangkapan gambar. *berapa kalilah dia terpaksa tukar lensa untuk satu album gambar??...*
Gambar-gambar cantik dan indah. Ada ceria singkat di dalamnya dan kesemuanya asli, tanpa rekayasa, suntingan mahupun 'photoshop'. Ianya cuma memerlukan kesabaran, ketenangan dan paling penting... 

A LOT OF FREE TIME!!!!!!!!!!!!!!!!
Hebat, bukan? *Orangnya chomel lagi semua*. Pergi ke sini: yowayowacamera untuk lebih banyak apungan ajaib.

3 comments:

  1. niceee!!!! mau ambil gambar mcm neh nanti.. tp xda free time skrg :(

    ReplyDelete
  2. Nasib komen d blog x dapat tag. Adeyaiii..

    ReplyDelete

Ohana :)