Monday, August 1, 2011

Marhaban, Ya Ramadhan

Salaam... 

Alhamdulillah, sempat juga saya akhirnya merasa hari Ramadhan tahun ini. Bersyukur sangat kerana terpilih dala berjuta manusia di muka bumi ini untuk melaksanakan Rukun Islam ke-3 ini. Biarpun hanya menelan nasi dan telur dadar sebagai juadah bersahur, nikmatnya berpuasa mengabaikan itu semua. Perlu kuat dan harus kuat!

Uhm. Sebenarnya mahu berkongsi dua potong ayatul Qur`an dan sebuah hadith, yang saya kira berguna untuk dijadikan panduan sepanjang bulan Ramadhan. Sebaiknya, sebarkanlah risalah ini:

Ayatul Qur`an
"Wahai orang-orang beriman, diwajibkan ke atasmu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelummu agar kamu bertakwa"
"(Iaitu) beberapa hari tertentu. Maka barangsiapa antara kamu sakit atau dalam perjalanan (lalu tidak berpuasa), maka (wajib mengganti) sebanyak hari (yang dia tidak berpuasa itu) pada hari-hari lain. Dan bagi orang yang berat menjalankannya, wajib membayar fidyah, iaitu memberi makan kepada seorang miskin. Tetapi barangsiapa dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itu lebih baik baginya, dan berpuasa itu blebih baik bagimu jika kamu mengetahui"
[Al-Qur`an: Surahtul Baqarah, ayat 183-184]

Hadith Nabi Muhammad SAWS

أن النبي صلى الله عليه وسلم رقى المنبر فقال : آمين ، آمين ، آمين قيل له : يا رسول الله ، ما كنت تصنع هذا ؟ فقال : قال لي جبريل : رغم أنف عبد أدرك أبويه أو أحدهما لم يدخله الجنة ، قلت : آمين ، ثم قال : رغم أنف عبد دخل عليه رمضان لم يغفر له ، فقلت : آمين ، ثم قال : رغم أنف امرئ ذكرت عنده فلم يصل عليك ، فقلت : آمين
Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya: Rasulullah S.A.W bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kamipun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kamipun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini. Lalu baginda menjawab: “Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Lalu aku pun mengaminkannya.
[ Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma'uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka'ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)] 

No comments:

Post a Comment

Ohana :)