Salaam... alhamdulillah. Kenyangnya menikmati juadah sahur untuk puasa kedua. Heh, meskipun tidak seberapa, nikmatnya hanya Allah yang tahu. Subhanallah, Maha Suci dan Maha Pengasih Dia yang sentiasa menurunkan rezeki serta rahmat ke atas kita yang hidup barang sekadar sekelip mata ini. Tanpa kasihNya, siapakah yang mampu menurunkan rezeki.
"Amman haazalllazi yar zuqukum in`amsaka rizqah. Ballaju fi utuwwanufur" -Surahtul Mulk, ayat 21
Maksudnya: "Siapakah yang mempu memberimu rezeki sedang Allah menutup rezekiNya? Bahkan mereka tetap sombong dan menjauhkan diri"
Sesungguhnya para pembaca sekalian, hidup kita di atas muka bumi hanyalah permainan sahaja. Seringkali manusia yang tersalah arah (berzina, ambil dadah, tukar jantina; misalnya) menyalahkan Tuhan untuk itu:- kata Tuhan tidak adillah, Tuhan kejam dan menciptanya sedemikianlah:- semua ini seratus-peratus alasan. Perkara sebegini memang tidak patut. Dan tidak adil kepada Tuhan kita. Saya tahu Dia tidak perlukan keadilan daripada kita, kerana keadilan itu mutlak milikNya. Cumanya; bersyukur adalah responsibilitas kita yakni juga hakNya sebagai Tuhan.
Cuba anda fikirkan keadaannya bila Dia tidak sayang kita. Maka adakah kita hidup senang? Makan cukup? Tidak, malah untuk hidup sekalipun tidak boleh tanpa rahmatNya!
"Allazi khalaqal mauta wal hayata liyabluakum ayyukum ahsanu amala; wahuwal Azizuul Ghafuur" -Surahtul Mulk, ayat 2
Maksudnya: "Diciptakan (olehNya) kematian dan kehidupan untuk mengujidi antara kamu, siapakah yang lebih baik amalannya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun."
Oleh itu, marilah kita mulakan hari ini dengan mensyukuri nikmatNya dan bermohon kepadaNya. Sudah tiba masanya kita menganjak paradigma tidak bersyukur kepada kaca mata kasyukuran. Berkat Ramadhan`ul Mubarak ini, kita panjatkan setinggi-tinggi doa kepada Dia Pemilik Alam. Semoga diampunkan dosa-dosa kita; serta dosa-dosa orang yang kita minta diampunkan jua.
Dan kita juga meletakkan sebesar-besar husnul zhonbillah kepada Allah SWT, agar dipermudah bukan saja hidup, bahkan mati dan selepas mati kita. InshaAllah..
No comments:
Post a Comment