Sunday, February 20, 2011

"Apa 'Speselnya Jadi Guru?"

Salaam..

Pos kali ini ditulis untuk menjawab suatu chatting yang saya petik daripada seorang kawan. Perbualan melibatkan seorang bakal guru dan seorang bakal jurutera. Lebih kurang macam beginilah perbualan dorang:

A: AsSalam, awak blaja kat mana skang?
B: Wassalam.. aku di IPG jd cegu..
A: Owh.. (A is offline)


Apakah yang tersembunyikan di sebalik peng'offline'annya itu? Adakah dia mengejek golongan belia yang menjadi guru ini? Bawa dia ke sini, bacakan ini..


Guru Sains kalau mengajar dengan baik,
Maka anak muridnya pun  cemerlang sains..
Dari mereka terdidiknya Isaac Newton, Michio Kaku dan Dr Sheikh Muszaphar ..


Guru Matematik kalau membentuk dengan sempurna,
Maka anak muridnya celiklah angka..
Dari mereka tumbuhnya Sir Leibniz, Alfred Gauss dan Pythagoras ..


Guru Sejarah kalau mengasuh dengan saksama,
Maka anak muridnya  mahir dengan sirah..
Dari mereka terlahirnya Ibnu Khaldun, Herodotus dan H. G. Shellabear ..


Guru Sivik kalau melentur dengan betul,
Maka anak muridnya pun semangat keamanan..
Dari mereka terhasilnya Sarjan Adnan, Eddie O'Hare dan Mahatma Gandhi..


Guru Bahasa kalau membina dengan cemerlang,
Maka anak muridnya petah berbahasa..
Dari mereka terpelajarnya Shirley Geok Lim dan A Samad Said..

2 comments:

  1. yassin2..ko ne..hehe mgkin line xbgus bha tu...aku pun slalu bha gtu...huhu cian dia..anyway its ur blog...suka ati ko la maw post apa kan...hahaaa
    http://authentically-arina.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Arina..thanks kerana "sanggup" baca..hehe..

    ReplyDelete

Ohana :)