Friday, March 18, 2011

Apakah??

Salam..

Semalam malam  Jumaatkan?
Tahu tak, saya menerima sebuah video yang dikatakan menonjolkan suatu penampakan yang agak pelik dan entahlah.. up to readers to interpret what actually it is..

Kejadian dikatakan berlaku sekitar 9: 25 PM di sebuah hostel. Pengirim dikatakan baru sahaja pulang dari menikmati dinner di gerai berdekatan. Memandangkan WiFi maktab ni sangatlah 'laju', maka saya hanya mampu menempelkan tiga keping gambar yang saya PrintScreen ketika menyaksikan video tadi. Setiap satu gambar berjeda 0.5 saat, maksudnya seluruh kejadian penampakan berlaku dalam masa 1.5 saat sahaja. Laju dowh!


*viewers' discretion is advised*


Pada gambar yang pertama ini, kita dapat melihat dengan jelas susuk tubuh seorang lelaki berbaju biru gelap dan berseluar pendek paras lutut.

Gaya dia berjalan sangat aneh, laju semacam (kalau tengok videolah). Serius, if I were to judge whether that man is a human or not, from the way he walked, I bet he is not.



Pada saat ini pula, badannya masih boleh dikenalpasti. Sifat manusia masih ada dan pada detik ini, aku perasan sesuatu yang pelik, entahlah.. silap pandangkah, tapi aku dapat tengok 'benda' ni menembusi jeriji putih sebelah kanan gambar. Entahlah, itu mataku nampaklah..

Namun jika dibanding dengan PrintScreen sebelum ini, badannya seakan terurai di udara. Bentuknya semacam berubah. Perhatikan perbandingan di bawah:


Saya tidak menolak kemungkinan kameranya bergerak, menghasilkan 'glitch'.'Glitch' inilah yang berperanan menyebabkan padu warna subjek terurai. Barang diingat, dia tidak menggunakan 'nightmode' atau sebagainya.
 "Mungkin ianya seorang lelaki yang berjalan lalu menukar arah.. itu yang sebabkan perubahan bentuk tu." 
Genius, saya suka penjelasan ini. Mungkin jugak. Proceed~


Haah.. cuba jelaskan. Bagaimana 'glitch' menghasilkan lembaga yang semakin besar? Melainkan si perakam bergerak mendekati 'benda' tu, ianya tidak boleh membesar. Perakam hanya bergerak ke  sebelah kiri.. (perbesar)



Bayang-bayang?? Sayapun fikir begitu juga.Tapi melihat dua poin yang susah untuk dijawab, saya menafikan ianya sebagai bayang-bayang lelaki yang bergerak laju:

  1. Lihat sumber cahaya.. ada lampu di sebelah atas 'benda'. Takkan bayang-bayang dapat bertahan menahan cahaya. Latar tempat 'benda' tu berdiri patutnya terang.
  2. Bayang-bayang siapa yang kekal berdiri? Bukankah bayang-bayang di lantai sahaja. Laju manapun manusia itu bergerak, bayang-bayangnya tetap berwarna.. bukan bertukar hitam.

Yang 'best'nya pasal benda ni ialah benda tu berubah dari satu bentuk ke bentuk lain. Seorang member pernah cerita, hantu macam ni dipanggil hantu jerangkung..'Glitch' tidak akan menjawab persoalan. Sorry but personally, saya hanya mampu kata mungkin kamera dia low quality.. pertimbangkanlah sendiri. Wallahu'alam

Wassalam

"Jangan biarkan hidup anda diselubungi MISTERII.."

No comments:

Post a Comment

Ohana :)