Saturday, March 19, 2011

Solat I

Salam


Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.

[Surahtul Baqarah, 2:43]

Sesungguhnya solat adalah tiang agama dalam Islam. Umpamakan saja kita bina rumah, lepas itu semua tiang di'remove'kan. Pasti ranap robohlah rumah itu. Analogi ini memang sangat klise, tetapi inilah analogi terbaik untuk menerangkan betapa pentingnya solat dalam Islam.

Berbalik kepada analogi kita, dapat kita deduksikan bahawa tanpa solat, agama atau iman seseorang itu tiadalah sempurna. Ibadat menurutku adalah suatu cara manusia untuk menundukkan ego mereka; agar sentiasa berasa rendah diri dan sentiasa memperbaiki diri. That is what I understood from Surahtul Ankabuut, verse 45:

ٱتۡلُ مَآ أُوحِىَ إِلَيۡكَ مِنَ ٱلۡكِتَـٰبِ وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ‌ۖ إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنۡهَىٰ عَنِ ٱلۡفَحۡشَآءِ وَٱلۡمُنكَرِ‌ۗ وَلَذِكۡرُ ٱللَّهِ أَڪۡبَرُ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ مَا تَصۡنَعُونَ (٤٥) 
"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan."

Bila saja solat ditinggalkan, iman jadi berdebu. Sedikit demi sedikit debu itu menebal, sehinggalah siempunya iman sudah tidak berdaya untuk membersihkan debu tadi. Ia jadi bebanan. Dan di sinilah bermulanya kejahatan.

Solat jadi beban, iman jadi suatu dokongan yang menyeksakan. Maka, tiada apa lagi yang memisahkan manusia dari maksiat melainkan moraliti yang cukup-cukup bertahan pada titik tertentu. Solat meneguhkan iman dan kebergantungan kita pada Tuhan dan dengan itu, jarang ada keraguan. Setiap kali solat--kalau kita hayati--akan ada jawaban bagi setiap persoalan. Kamu tahu, Ibnu Sina kalau dia buntu, terus dihamparnya sejadah mohon hidayah. Hatta manusia terbaik (Nabi Muhammad SAW) pun, solat hajat. 
Ya, sukar berbuat seperti dia dan baginda. But at least, janganlah buat yang bertentangan dengannya. Galakkan, bukan tekan. 

Seperti ayat mulia di atas menyebut, solat benteng antara iman dan ingkar. Tanpa solat, seorang Muslim bernafas hanya pada nama atau mungkin pada udara maksiat. Pada adat. Agama jadi adat. Perhatikan: Surahtul Yaasiin, ayat 5;

 لِتُنذِرَ قَوۡمً۬ا مَّآ أُنذِرَ ءَابَآؤُهُمۡ فَهُمۡ غَـٰفِلُونَ
"Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai."

Nah, tanyakan semula..adakah kita Islam pada nama? Pada warisan? Pada ikut-ikutan taqlid a'maa? Adakah kita Islam sebenarnya?
Apakah akan kita jawab bila ditanya di Mahsyar: "Kenapa kamu Islam.."

Nah, tanyakan semula.. Subuh tadi bagaimana? Ada?
Apakah bila sudah tua dan tidak bermaya baru dekati Allah?
Dalam Islam, hari-hari adalah hari terakhir. Allah tetapkan tarikh, kita ditakdir untuk tetapkan cara. Balik kepada topik: pesan saya cuma satu, "Solatlah" 
Solat kunci syurga. Solat nadi iman. Solatlah segala-galanya bagi seorang Muslimin dan Muslimah. Kalau air mandian tubuh, solat mandian akidah. Sebab itulah mereka yang tinggal solat ada saja yang tidak 'bersih' dalam diri mereka.

Ni bukan prejudisme.  Hanya  pesan. 

::Wassalam:: 

No comments:

Post a Comment

Ohana :)