Saturday, March 19, 2011

Wahai Pemimpinku

Salam..


*Ini ditujukan kepada seluruh barisan pemimpin; atau siapa-siapalah yang berada di atasku, memerintah*


Wahai pemimpinku,
Bendera hijau-putih dan putih-biru kamu aku tidak pandang. 
Apalagi jam tangan Rolex kamu.
Aku pandang kepimpinanmu dan jalan yang kamu suluhkan untukku.
Yang aku kira putih hati kamu, jujur tujuanmu.
        
Wahai pemimpinku,
Aku tidak paksa kamu jadi Rasulullah SAW; 
Mahupun mencontohi 'kesesatan' Muhammad Ahmadinejad,
Aku cuma rindu masa kamu turun dari kerusi empukmu,
Keluar dari bilik dinginmu; memelukku.


Wahai pemimpinku,
Aku sayang kamu. Aku tahu jauh di dalam dirimu;
Ada desakan bertalu untuk merangkul pencintamu, untuk-
Menghidupkan kami dengan kekayaan dan kemurahan bumi ini. 
Ketahuilah, aku cuma mahu kaupimpinku ke syurga.


Wahai pemimpinku,
Aku tidak akan menderhakaimu; aku rindu kamu mengimamkanku.
Ikut jalan Allah SWT. Ikut Jalan Nabi Muhammad SAW; ati'ullahu wa ati'urRasul,
Wa ati'ul amr.


Wahai pemimpinku,
Taburkan kasihmu, taburkan setiamu: untuk Tuhan,
Dan kamu akan mulai mencintai kami.


Wahai pemimpinku,
Kuberharap agar kau jadi waliku,
Membantuku membina jalan ke Jannah;


Wahai pemimpinku,

Ketahuilah, aku sentiasa bersamamu.
Meski batu dan periuk belanga senjataku,
Aku akan pertahankanmu. Maka pertahankanlah aku dari azab.


Wahai pemimpinku,
"Kepercayaan kepada Tuhan",
Apakah makna Rukun yang satu ini pada dirimu?


Wahai pemimpinku,
Aku sayang kamu.


"..Aku rindukan penyatuan semua manusia agung ini di bawah nama Allah.."
Pemimpin

No comments:

Post a Comment

Ohana :)