Seminggu sudah berlalu. Kerja--dari enam--hanya dua berjaya disiapkan. Hatiku sekarang berteka-teki; layakkah aku menjadi guru?
Biar keras manapun aku membujuk hati, "Ndapa,masih awal bha", jiwaku masih bercelaru. Kacau dengan longgokan kertas assignments yang bertaburan di lantai. Hanya PC yang kuhadap dari tadi, namun belum ada yang siap. Aduh~~
Bagaimana mungkin aku mengalahkan kemalasan ini?
Tak apalah~aku mau kongsi sesuatu
Dekat jam lapan pagi tadi, ketika aku sedang melayari Facebook, tiba-tiba ruang 'chat' berbunyi. Kuklik dan terus mataku laju meluncuri barisan teks. Oh.. luahan hati..
Seorang Muslimat: (kelabu: dia , biru: aku)
------------------------------------------------------------------------------
yasin
kau sibukka?
bolehlah..tengah tulis blog
ndapala..
napa ging?
ndabha.. aku mintak nasihat kau
apa?
ndaktaula sin..aku rasa kosong jak
??
kalau solat, aku ndak rasa apa-apa..
aku rasa kosong jak.
aku takut, sin..
------------------------------------------------------------------------------------------
Aku terkejut dengan sesi dialog kami. Ringkas, tapi sungguh aku bersyukur memiliki seorang rakan sehebat dia. Kenapa aku katakan hebat?
Dia sangat hebat apabila menyedari hakikat bahwa ada yang tidak kena pada solatnya. Aku cuma merumus sedikit, kemudian memberikan beberapa kata-kata semangat. Untuk menasihati bersama barang dalil naqli, aku belum berapa mahir.
Sampai menangis dia menceritakan kesukaran ibadahnya.. bersolat tanpa rasa apa-apa. Aku cuba stabilkan situasi, memujuknya untuk bersabar. Siap bersumpah dan aku percaya: ada suatu perasaan belas bertamu. Aku pun seperti ingin mengalirkan air mata.
Aku rasa kagum dengan wanita yang satu ini. Dia juga menyatakan betapa tidak selesanya dia hidup dalam kekosongan. Dia mahu bebas dari kekosongan itu. Ya Rahman, lelaki sepertiku rindukan Muslimah sepertinya..
Terketar-ketar jariku berbalas 'chat' dengan dia (sumpah, aku tidak tipu). Sungguh ada juga sepertiku, merasai kepolosan dan ketiadaan jiwa dalam diri. Sungguh sukar menghadirkan Allah dalam hati kecil ini, apatah lagi mengkhusyukkan diri. Wanita ini cukup mulia, sehingga aku berani katakan: dialah rakan pertama yang buat aku betul-betul berfikir untuk diri sendiri. Allah SWT merahmati beliau.
Aku hanya mampu mendoakan agar Allah SWT mempermudahkan jalan untuknya. Aku yakin Allah SWT Maha Adil dan Maha Penyayang.. Surahtul Syarh, ayat 5-6:
فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا (٥) إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرً۬ا (٦
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (6)
Telah dirakamkan dalam Surahtul A'laa, ayat 15:
وَذَكَرَ ٱسۡمَ رَبِّهِۦ فَصَلَّىٰ
"Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mengerjakan sembahyang (dengan khusyuk)."
Sukar sebenarnya untuk mencapai taraf khusyuk ni. Aku sendiri tidak pasti apa rasanya khusyuk itu. Anyone?
Apapun, 'chat' kami bersambung dengan ini:
-------------------------------------------------------------------------
Jangan tinggal solat, jaga pergaulan
Aku sudah cuba tutup auratku..
Perlahan-lahan
Ya..
Bha, terima kasih yasin
semoga kita berjumpa di syurga nanti
amiin..
:)
amiin..
-------------------------------------------------------------------------------------
InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment