Sunday, March 20, 2011

Fasa Ke-2

Salam

Fuhh~sukarnya untuk meneruskan agenda ini. Masa yang tidak mengizinkan di samping assignments (balik-balik tuduh assignments) yang bertimbun membataskanku untuk bergerak pada lingkungan yang kecil sahaja; sedang aku cuba menyelesaikan fasa ke-2 ini.

Sememangnya tidak dapat ditolak keperluan untuk melakukan itu, tetapi jauh di dalam lubuk hatiku, ada darah memancit. Memisahkan empat ruh menjadi empat ruh berasingan amat sukar. Agak-agak seperti ikatan kovalen dari senarai ikatan kimia.

..dan aku kini cuma perlu bertahan dalam seminggu dua. InshaAllah, kalau semuanya berjalan lancar, pasti akan sukses juga.



*Dari headquarters: Suruh semua pandang diri masing-masing. Masa untuk bagi diri peluang bersuara, menangis. Untuk jiwa menjadi lebih kuat dari sebelum ini. Ini bukan gimik sosial, mahupun retorik.*

Aku renung mesej tadi. Refleksi manusia-manusia yang kuuji (!?) sangat menarik untuk dibicarakan.Ahh, nantilah.. masih terlalu awal untuk itu.

Salam kedamaian. Peace.

No comments:

Post a Comment

Ohana :)