Sunday, March 20, 2011
Setelah 19 Tahun, Baru Aku Mengerti: Kawan Selamanya
"Benci ar.."
"Gemo arr.."
"Golii.."
Aku tidak akan melupakan tiga perkataan ini. Umpama kanak-kanak tadika, hatiku girang saat ia mula-mula menempel dalam ingatanku. Sukar diumpil dan dihapuskan.
Aku tidak bersikap terburu-buru, tidak juga bersikap drastik. Keputusan yang aku ambil seratus peratus dalam situasi rasional dan waras, tanpa ada pengaruh luar mahupun tekanan dalaman. Aku cuma menjalankan tugas.
Setelah 19 tahun hidup, baru aku betul-betul-betul mengerti maksud sahabat. Seorang sahabat tidak semestinya berdiri sama tinggi atau duduk pada kerusi yang sama. Salah satunya mungkin raja; dan satu pula sekedar penggilap kasut.
Sama seperti kamu membenci keputusanku, begitulah juga aku membenci tindakan itu. Sangat, sangat benci. Tapi apa boleh buat.. sudah jadi resmi perhubungan: someone mesti berkorban.
Ya, mungkin aku pentingkan diri. Ya, aku akui ego aku terlalu tinggi. Segala mesej kezuhudan yang aku pernah coretkan mungkin suatu kelahiran dari rasa ingin bangga. Fikir saja seperti itu, atau: kamu boleh pilih untuk menganggap yang aku sayang kamu, macam dulu-dulu.
Dunia yang akan aku hidupi nanti pasti akan jauh bezanya. Esok yang akan aku lalui, mesti bagai langit dengan bumi lainnya.Tapi dibandingkan dengan rasa lega setelah segala kekacauan; rasanya macam kuman dengan alam semesta ini.
Aku tidak pernah rasa gentar untuk mengambil keputusan. Aku cuma kadang-kadang terlalu berteka-teki. Haha-melihat kepada hasil perbuatan 'laknat'ku ini, aku tersenyum. "Harap suatu hari nanti mereka akan faham.."
Aku akui, akulah mungkin manusia paling lemah. Sebab itu aku undurkan diri (=.=" bukan undurkan diri sebenarnya) dari laluan itu. Jiwaku terlalu takut untuk melihat kemusnahan hidup seorang rakan. Antara aib dua orang manusia dan kehidupan seorang lelaki tidak bersalah, aku pilih keduanya. Dan aku tidak nampak jalan lain selain ini.
Aku benci dengan diri ini, hatta jemari yang menaip. Kesemuanya menuliskan ayat-ayat yang agak kasar, "bodoh" dan "bangsat". Maafkan aku.
Aku ada komitmen lain. Keluarga. Amanah. Aib manusia. Atau mungkin dedikasi pada Yang Esa. Semuanya aku perlu jaga, tapi berjuang sikitlah pada bahagian berkawan. Hidup 19 tahun; aku rasa kesimpulanku kali inilah yang terbaik berkaitan "Kawan"
Gonna miss all of you
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
18PL
18SG
18SX
1Malaysia
aneh
awan
cats
death
debat
education
ekspedisi
ekspedisi ironis
ekspresi
esei panjang
evil
falsafah
gembira
hahahaha :D
hiding somewhere
indah
informasi
irony
jiwang
kagum
kalah
karma
kawan
kehidupan
kejam
keluarga
kerjaya
lol
luv
malam jumaat
maruah
memori
merdeka
misteri
nilai moral
novellah konon
obsesi
pendidikan
perasaan
picture
politik
projek
puisi
rawak
rindu
sedih
sentimen
seram
siraah
sorry
takut
tazkirah sket
UWEEKK
video
yum yum
Tanpa ko sedari, ko telahpun korbankan kawan2 ko sekali....
ReplyDeleteKIta lihat nanti..apapun, jangan lupa artikel DBP yang kau janjikan :)
ReplyDeleteak sangat sedih akan pengorbanan tu...btol cakap din..sekali kau korbankan diri..kami semua sekalai terkorban..kalau ada prob..share2 la sin..mcm ak cakap..but if it too private..just keep it as a secret between u n Him..
ReplyDeleteFara: Tengokla seminggu ni.. jujur, benda ni mungkin 60% datang dari diri saya sendiri. Malam tu betul-betul tidak boleh tampung sudah, sampai fikiran bercelaru. Tengoklah seminggu ini
ReplyDelete*mesti kekok time di kelas esok :(*