Friday, April 29, 2011

Penulisan Diteruskan (Sementara Keinginan/Idea Masih Ada!!!)

Bismillah.. Salaam/Regards,
Sebelum apa-apa, mari kita berselawat dahulu ke atas Nabi Junjungan Muhammad SAW *selawat tiga kali*

Baru-baru ini, saya telah diminta untuk menyiapkan sebuah tugasan Pengantar Kesenian, Kebudayaan dan Kesusasteraan yang bertajuk 'Kesenian; Definisi & Ciri'. Ianya tidak bertumpu kepada seni Melayu semata-mata, tetapi berputar dalam skop global. Tidak khusus, dan tidak pula umum.
*Tangguh kerja itu selama seminggu, kerana bersangka bahawa akan ada masa*
Malam sebelum tarikh hantar, saya setkan untuk menyelesaikan amanah tersebut. Ya, memang agak nakal dan tidak berdisiplin. Memang agak zalim, tetapi begitulah remaja :). Jadinya, selepas fardhu Isya` dilaksanakan, saya terus hidupkan laptop.
*dan berFacebook, sampai lupa tujuan asal komputer dihidupkan*
*tertidur.. ZzZzZzZzZzZz*
Bangun pagi keesokan harinya, sangat huru-hara apabila mengingati kerja Peng 3K yang sedikitpun belum bergerak. Garu kepala sekejap sambil duduk di atas katil. Mata masih separuh terbuka, membujuk untuk meletakkan kepala di atas bantal berlapis biru. Melawan dengan segala kudrat, terus menarik tuala dan pergi mandi, solat, dsb.

Setelah badan segar, otak segar, solat tertunai dan sarapan sudah ditelan, badan diperintah untuk menghadap komputer semula. Ligat berputar otak mencari isi dan definisi seni. Seni; apakah ia? Tak boleh jadi, terus meng"Google" untuk definisi seni dan dapat definisi menurut Herberth Read. Haha~

Bila jarum jam pendek mencecah sektor lapan, terus semuanya dikemaskan. Sempat berbincang sekejap dengan teman sebilik dan keluar. Masa itu, kerja taipan belum siap. Jadinya masa kelas ELP, sedikit masa dicuri untuk melengkapkan apa yang perlu. Lompang-lompang esei diisi secukup rasa, apa adanya. Terlintas saja di kotak fikiran, terus ditulis dengan ayat-ayat SPM hampeh.

Tiba-tiba, sesuatu menggetar diri datang secara mengejut. Betulkah apa yang saya tengah buat ini? Sebab apa; sebab saya tidak merujuk apapun (kecuali definisi), ikut kemahuan saja. Saya tulis apa yang saya fikir, tanpa menurut kepada buku/sukatan, salahkah?

Dua kali hairan. Kenapa perlu saya menjawab mengikut sukatan, mengikut buku, kan? Mengapa perlu saya--manusia yang sihat dan berakal--diperhamba dengan buku? Apa makna belajar jikalau begitu?

Dan pensyarah serta barisan pemeriksa.. mengapa perlu menyemak dengan kertas jawapan? Kenapa tidak guna kemahiran, pengalaman dan pengetahuan mereka? Kalaulah begitulah, orang jalananpun boleh jadi pensyarah--tengok skema, tanda. Tengok, tanda.

Apapun, saya biarkan segala persoalan ini dalam fikiran, tunggu masa untuk luahkan.
*tengah hari, petang, senja dan malam berlalu. Solat Maghrib dan tadarus; memohon sedikit petunjuk*
..selesai Solat Isyak, minum malam di surau. Saya duduk sebelah Ewi bersama dua orang senior lain, menghadap piring yang sama. Kekenyangan menbantai sepiring nasi telur petang tadi membataskan keinginan saya untuk menikmati juadah kuih-muih yang dihidangkan. Apapun, demi menjaga kemaslahatan ukhwah (amboi--) saya ambil juga, paksa masuk ke dalam mulut.

 
Razvi bin Musily.. terima kasih atas pendapat. :)
Saya yang pelik ~_~"
"Baru saya tahu kelemahan pendidikan kita..". Sudah, terluah dengan Ewi.

"Sebenarnya definisi seni dan fungsinya boleh jadi lebih luas," balasnya. Saya berfikir sejenak.

"Sebenarnya, sukatan pelajaran memerangkap masharakat kita. Apa yang kita fikir itu salah, sukatan yang betul. Sehinggakan pendapatpun perlu bertulangbelakangkan fakta dari sukatan. Dilarang perbezaan pendapat, semuanya mesti ikut sukatan. Minda kita sukar untuk berkembang kalau begitu, apabila sentimen dihapuskan. Apabila pemikiran membangkang digelar terorisme.."


"Itulah kelemahan sistem pendidikan kita." Tunduk saya, tersenyum. Rasa puas bilamana dapat meluahkan perasaan.

No comments:

Post a Comment

Ohana :)