Thursday, April 28, 2011

RIBUT

Salaam/Regards,
Baru tadi petang (27/04/2011), gumpalan hujan perolakan melanda kawasan Jalan Yaacob Latiff. Kerajinan tiba-tiba bertamu untuk mengulas serba sedikit berkenaan ribut terbabit. Pelik memang topik; tapi kalau dihuraikan hikmah hujan itu, akan jadi rasional tajuk ini. Dan itulah yang saya ingin lakukan.

Ingat teka-teki ini, "What ship that never sunk?" Answer: Friendship.
Ini soalan baru, "What ship that never got blown away?" Answer: Friendship.
Jong dan Ting mendepiksikannya dengan cemerlang.
 Angin yang semakin kencang bertiup mengalunkan rambut Jong dan Ting. Dua orang amoi yang suka mengusik dengan perkataan-perkataan Cina. Pelbagai ilmu kuraih daripada mereka, terutamanya Ting yang sudah diketahui umum di kelas sebagai pelajar perempuan yang cemerlang. Gayanya yang comel serta bersahaja ketika diusik dengan tohmahan aneka.

Ting orangnya berilmu serta tidak pula lokek berkongsi kelebihannya itu. Namun perwatakannya yang paling unik adalah ketika dia berada dalam kebuntuan. Tanpa berasa malu, dia akan bertanya. Tidak pernah pula kulihat dia memendam kejahilan dan duduk di sudut kelas, menggigit buntut pen sambil mengerut. Asal dia keliru, ketinggian darjatnya tidak menjadi penghalang untuk merujuk kepada mereka yang kurang cemerlang.

Pokok pinang depan Jabatan HEP yang ditiup angin. Berperang pelepah dengan arus angin yang seolah-olah tiada belas. Bertingkah pengalaman berdiri selama bertahunan dengan kilas ribut yang menggunturkan. Seumpama lengan si penari balet, pelepah bertamparan antara satu sama lain dengan rasa kepasrahan. 
Kekalutan juga saya bila petir mula bersahutan menyambar. Hati sudah tentu juga teringat kepada risiko berjalan di tengah Dataran Muafakat itu. Nadiah buat tidak kisah saja, memijak kemungkinan bahawa dianya mungkin jadi mangsa elektrik. Tidak dihirau :(

Langit semakin gelap, tingkap antara bumi dan kekasihnya, mentari semakin terkatup. Guruh pula menjerit bingit. Sesekali petir menyambar tiang pembumi, menggegar udara. Udara yang berhembus ganas, ironiknya berbau rahmat. Sejuk dan lembap.
Dalam perjalanan itu, saya tegur Syafina dan Farahida (Pak Rahi). Beritahu mereka memiliki 4 kali ganda kurang risiko dipanah petir dari saya, seorang lelaki. Senyuman dan gelak sebentar saja berganti. Sekejap- sekejap..penambahan pula oleh saya. Hanya saya yang bercakap sedang mereka pasif. Begitupun, senyuman masih terukir.

Kekelabuan semakin menjajah langit Kuala Lumpur. Kala itu, manusia masih bertompok di jalan raya; saling menghon satu sama yang. Cuba untuk lari dari jemari ribut yang mendekati, terutamanya bagi mereka yang bermotor serta golongan ibu yang teringatkan jemuran. Ada juga dalam pada itu berserah~
Jujurnya, saya tidak tahu bagaimana mahu mengulas gambar ini. Menurut saya, mengejek benar ia. Menyindir perasaan sekarang ini yang terasa diendah dan tidak diambil kira. Perasaan kecewa tidak diberi kesempatan. Paling besar pun, terpukul dengan sikap ego sesetengah orang (malah diri-sendiri) dalam menyebarkan kebaikan. Saya rasa tidak berdosa, namun rasa bersalah ada kerana mungkin ayat terlalu 'POWER'. Kasihan mereka yang merasa, yang merasa bersalah lagilah.. semuanya tidak kena. GEMO ARH!!
Kabur. Bila ribut datang, semuanya kabur. Sekabur diri saya sekarang. Apa yang
betul?
Tuhan, bantu saya.
Saat awan berpusar mengikut arah jam, bergetar sedikit diri ini ketakutan. Seperti saja akan turun Dajjal dari celahan awan tersebut, seprti ingin menelan manusia yang sedang memerhatikannya. 

1 comment:

  1. "...memijak kemungkinan bahawa dianya mungkin jadi mangsa elektrik. Tidak dihirau :("

    Sorry.. Nda berniat pun.. What will be, will be.. Bukan x kisah, cuma sy x selesa berada d tempat terbuka terlalu lama tym ada guruh.. takut..

    ReplyDelete

Ohana :)