Thursday, April 28, 2011

Usrah

Salaam/Regards,

Tidak mahu kalah dengan si Gurujiwang dan NadJoliey.. mahu berkongsi jugak, kisah usrah malam ini. Ringkas saja; cuba untuk jadi komprehensif dan mudah.

Malam ini, bersamaan 27 April 2011, budak-budak junior 2PPIMSP Sains telah diwajibkan hadir ke majlis usrah selepas solat Maghrib. Pemikiran pertama; ahh, mesti membosankan punya. Ternyata dugaan gagal untuk kesekian kalinya. Usrah dipengerusikan Abang Naqib bin Harun dengan tajuk aktiviti 'Please Evaluate Me!'.

Mula-mula, sebuah bulatan manusia yang besar dibentuk. Kemudian, kami semua disuruh berputar dekat 60 darjah clockwise, berhadapan dengan tulang belakang kawan sebelah kiri. Lepas itu, arahan dibentangkan secara jelas dan lantang oleh tuan pengerusi majlis. Setelah posisi dirasakan selesa, kami diarahkan untuk menuliskan evaluasi terhadap rakan yang berada di depan. Kelebihan dan kekurangan serta nasihat jadi aspek penting penilaian.

Saya menilai Razvi Musily, manakala saya dianalisis oleh peminat tegar Faisal Tehrani, Aizat Akram bin Sidek. Sudahnya peminat novel, maka ayat pun tahap gaban jugalah. Haha~di bawah gambarnya.

 Sewaktu menilai Ewi, saya berlaku sangat benar. Saya yakin Razvi ada bakat tersembunyi (terutamanya dalam bidang pengucapan awam dan debat). Peribadinya sebagai lepasan sekolah agama memungkinkannya dia untuk memetik pelbagai sumber, di samping  rasa cinta pada Allah. yang sangat jelas.

 Atai @ Ahmad Aizuddin menerangkan poin yang tertulis pada memo di belakang senior kami, Abang Mat nor. Lawak gila bila dibacakan poin terakhir; "Kurangkan handsome kerana ianya boleh menimbulkan fitnah".

Catatan dari Aizat Akram untuk saya.. terharu bila baca, sebab corak memo tu cantik sangat. Gwahahah *okay, its not funny*. Apapun, berterima kasih dengan kawan saya yang satu ini sebab dia selalu bagi dorongan, walau kadang-kadang dorongan itu sangat kabur. Besar jasa dia dengan saya, jujur saya cakap. Terima kasih, kawan. :)
Bahagian paling menarik adalah ini: "..kelebihanmu (cari sendiri)"

Bersalam-salaman setelah majlis ditutup dengan sesi refleksi ringkas. Sambil itu berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Nak kata terharu ketika itu, tidak juga--tapi saya dapat kesan dengan jelas satu keinginan untuk menyaksikan lebih kerap pemandangan seperti ini. 

Islam mengajar sememangnya mengajar istilah bersaudara yang sangat indah. Menurut Surah Al Hujuraat  ayat 8;
"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."

Selalu bermain di fikiran saya apa yang umat Islam mampu lakukan jika persaudaraan Islam mampu dilaksanakan dengan sebaiknya. Potensi umat Islam (lihat saja Bapa Optik, Bapa Sejarah Timur, Bapa Persenjataan Aero siapa) sememangnya lebih luas dari apa yang Barat ada sekarang. Cuma kita yang enak berdengkur dalam dakapan hedonisme yang dihamparkan oleh mereka (Barat).

Barang diingat, Allah meletakkan firman persaudaraan  sebagai salah satu cara meraih rahmatNya. Mungkin dengan memahamkan ini, kita dapat menyimpulkan bahawa sebab kemunduran umat Islam hari ini adalah kerana mereka meninggalkan amalan ukhwah fillah.

Saya tidak mahu ulas panjang-panjang (kot2 ada orang UMNO/PKR/PAS sedang membaca blog ini, bahaya). Biarlah persoalan usrah kita tidak lari terlalu jauh dari nawaitu asal. Wassalam,

"Kamu Melayu, adalah satu jisim yang berasal dari satu budaya. Cara bersimpuhmu sama, cara hidupmu tiada beza. Kenapa; kenapa; kenapa.. perlu cara siasah berbeza. Apakah kamu lupa padanya Tun Perak yang mahir menguasa?"

No comments:

Post a Comment

Ohana :)