Friday, April 29, 2011

Posts Fiesta!

Bismillah.. Salaam/Regards,
Sebelum apa-apa, mari kita berselawat dahulu ke atas Nabi Junjungan Muhammad SAW *selawat tiga kali*


Baru sahaja habis melakukan tour ke beberapa buah blog milik rakyat Malaysia. Mulanya, saja-saja; yalah, boring gila bila tugasan semester yang dahulu saya kata macam Gunung Kinabalu, habis terbuat riyak. Tapi pengembaraan bertukar epik--mahu kaji daya fikir orang Malaysia.

Paling provokatif (mungkin), adalah persepsi mereka terhadap kerajaan. Serius: dari Obefiend ke Weiland, terus ke TwistedRevelation; semuanya menulis dengan diri kerajaan dan anti-kerajaan. Julat isu tidak lari jauh dari kelemahan-kelemahan pentadbiran kerajaan; PPSMI dan penukaran silibus kerap-melampau misalnya.

Pendapat:

Walaupun semuanya nampak anti-kerajaan dan anti-pembangkang, saya mula melihat minda yang semakin bebas dari taqlid a`maa dalam siasah. Mereka tidak lagi diperintah, tetapi dipimpin. Note the difference.

Mengejutkan bilamana mata melongsor ke dalam blog seorang blogger PAS yang masih macam baya-baya saya. Sungguh menikam cara dia mengatur perkataan: bercakap mengenai kemanusiaan dan betapa dia tidak mampu menahan tangan dari menghulur sedekah, meskipun telah tertipu dengan seorang wanita tua Arab yang compang-camping. Sungguh menakjubkan jalan cerita dia~~mesti dia cool orangnya. Dan, dan dann.. bahagian paling best bila dia cakap, "Saya mahu menyelamatkan dunia". Sangat childish, tetapi percayalah; itulah petikan yang paling { W I N } pernah saya dengar.

Selepas itu; Fiqri. Jiwa muda yang memberontak dengan ke'bahlul'an sistem pendidikan negara. Dia marah, kerajaan tukar silibus, macam tukar baju. Yang menderita rakyat. Menderita sebab perlu hafal istilah dan translasinya yang jauh panggang dari api. Malah lebih jauh. Sampai sebut perkataan yang mucha-lucah dia. Itu.. saya tidak boleh komen; hak dia. Saya berpegang dengan hadis Bukhari (atau Muslim??) : "Tiada dalam sifat mukmin itu, mengatakan perkataan yang kesat-kesat".

Memandangkan saya pro-kerajaan (for some odd reasons, I kinda doubt it), maka hati jadi panas bila baca pos lelaki yang satu ini. Maka angkat kaki, terus lari dari amukan serta cercaan beliau. Memang tidak dapat dinafikan kelemahan kerajaan Malaysia (terutamanya: KPM. Maaf, bakal guru) dalam membentuk generasi progresif dan berfikiran kreatif.

Awak tahu, kerajaan semangat, bagi insentif dan elaun kepada kita. Memudahkan serta meringankan beban kewangan. Yalah, bukan semua orang di Malaysia ini kaya-raya. Ada juga kais pagi makan pagi.. saya contohnya.

Apapun.. sekali lagi, memang benar kerajaan gagal. Mereka memprogramkan kita dengan sukatan kurikulum Barat, menyuap kita dengan bahan akademik yang bersifat stagnan, maka ruuh pun keracunan dan mati. Tidak salah, tetapi berilah sedikit liberalisasi kepada para pelajar untuk menampilkan diri serta buah fikiran. Hal yang sangat traumatik bilamana segala pemikiran disanggah dengan alasan, "Tiada dalam skema"

In case kamu semua bingung dengan apa yang saya tulis, fahamkan saja begini; kefahaman bukan sesuatu yang kerajaan harus bentuk, tetapi ianya harus jadi sesuatu yang mereka kembangkan. Abiliti untuk memahamkan senario tertentu memang sudah ada dalam diri kita, cuma ia perlu diasah. The problem with government is that mereka memandang rakyat Malaysia sebagai robot: perlu diprogram.

Apa gilakah.. manusia tidak dapat berkembang dalam bekas sekecil sukatan pelajaran Westernisme itu (ditambah lagi dengan unsur sekular). Betul apa kata Bob Lokman: "Saya cuba membentuk anak saya, tapi ada 'orang' di luar sana yang cuba meracuni mereka". Sinis, tapi bermakna sungguh.


Tapi...

..cuba refleksi balik. Oke, pertamanya, negara kita demokrasi; bak kata Yusuf Wilcha, demokrasi terpimpin. Kerajaan hidup atas sokongan dan dorongan kita. Maka dengan itu, kita ada kuasa (oh politik, benci kau!!). Ubah saja. Jangan mengkafirkan, betul?

Keperluan beradat mustahil untuk lari daripada diri kita. Daripada menuduh adat sebagai penghalang, kenapa tidak kita lakukan pertuduhan atas diri sendiri yang membenarkan adat jadi alasan. Kita bina adat baru, bukukan adat lama.


"Fuh!! kerajaan bertempik sana sini, kesenangan konon.." seorang kawan cakap. Saya senang saja, kalau betul kerajaan salah, maka kenapa setelah 53 tahun 3 bulan 2 hari, mereka masih berkuasa. Ketara kita macam anjing menyalakkan gunung. Sekadar metafora, bukan niat untuk mengatakan kita ini--rakyat--sebagai anjing, bukan. Tiada niat langsung.

Lebih baik kita bersyukur dan berusaha merubah, daripada menjerit tidak tentu pasal kepada "si dia yang berkot tebal" itu. Ubah diri, ubah persepsi, ubah tamadun. Kalau nasib kerajaan untuk tumbang, pasti akan berlaku juga. Betul, tidak?

Abu Ja`la (Ma`qil) bin Jasar r.a berkata: Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Tiada seorangpun yang diamanati oleh Allah memimpin rakyat, kemudian ketika dia mati masih menipu rakyatnya, melainkan Allah mengharamkannya syurga."
-Bukhari dan Muslim. Riyahus Solihin, m/s 529-

3 comments:

  1. Sayalah salah seorang (?!) robot itu.. N I never give a darn thing about these (politik)
    S-A-D

    ReplyDelete
  2. Kau.. baca semuanya??
    Biar betul//terharu. Anyway, kau bukan robot. Kau persoal, and I think--to my humblest opinion--that's what matters the most.

    ReplyDelete
  3. of coz laa.. xkan respon tanpa baca suma.. lgpun, banyak sy tau pasal benda2 yg sy x pernah kisah mau tau dr ko neh.. n sy rasa sedih sebab sy x pernah timbul perasaan mau tau benda2 neh sebelum neh.. n right now, sy ada banyak benda lain yg sy kira patut diutamakan dulu.. lepas kuasai atau at least ada separuh pengetahuan basic paling penting untuk jadi seorang MANUSIA nih, baru sy start ambil tahu pasal benda2 lain..

    ReplyDelete

Ohana :)