Friday, May 6, 2011

AYYUHAL SYABAB dan AS-SYAKIRIN

Salaam/Regards,

Alhamdulillah, akhirnya majlis Ayyuhal Syabab telah berlangsung dengan jayanya. Selaku fasilitator, aku amat berpuas hati dengan kelancaran perjalanan majlis dan prestasi peserta. Semuanya amat teruja untuk menamatkan pencarian; sekaligus meraih tempat.

Sangat best tak ingat. Pertama kali jadi fasilitator ditemani Aizat dan Ewi (dengan penampilan khas Ardie), kami diamanahkan untuk menjaga checkpoint kelima. Kami sepakat memberi tajuk 'Tujuh Perhentian'.

Tugasan yang perlu diselesaikan satu-satu kumpulan sangat mudah; mereka diminta untuk mencari sampul surat yang tersembunyi yang berupa wang kertas RM50 dan RM10 dalam masa dua minit. Aizat penjaga masa dan sebelum itu, kumpulan terbabit disambut oleh kemesraan serta kebolehan interpersonal Ewi. Setelah misi mencari kepingan duit tadi dicapai, saya mengambil alih tugas dengan membuka sampul.

Ada apa dalamnya? Sebenarnya, mencari sampul itu cuma searuh daripada tugasan checkpoint kami. Tugasan yang separuhnya adalah membincangkan berkenaan satu tema dan dalam sampul yang mereka temui tadi, ada tema yang perlu mereka bincangkan. Tema yang kami sisipkan adalah isu poco-poco, kahwin muda, couple Islamik, perang dan poligami.

Refleksi berkenaan tugasan: Sungguh menarik. Pelbagai idea baru, pelbagai rupa pemikiran mampu aku ekstrak daripada jawaban-jawaban peserta. Kesemuanya sangat bernas dan pada suatu titik, aku tidak mempu membidas melainkan dengan berkata, "Sempurna".

Apapun, memang menarik aktiviti Ayyuhal Syabab terakhir itu :(. Akan menanti Ayyuhal Syabab seterusnya :). Di bawah, sedikit gambar untuk ditatap.

Jadi maskot kumpulan "Merah Membara".
Maskot jugak Abang Arif. Nama maskot: Panglima Arif.
Sempat bergambar 
PERGGHHHH!!! Posisi yang sangat menarik. Suka keakraban Ewi dan Aizat.
Ardie jadi pembantu (inshaAllah, semester depan promote jadi ahli As Syakiriin).
Mendengar dalam membayangkan.
Amagaizing bha gambar..
Sesi diskusi.. cuba untuk come out dengan rekaan terbaik.
*under construction*
^_^
Habuan bagi pemenang.
Membincangkan maskot.
Perbincangan antara ahli LAT.
Abang Ewi dengan sekotak pembayang.
Kaum Muslimah juga tidak mensia-siakan peluang memenangi hamper.
Sesi soal jawab dengan salah sebuah kumpulan.
Membaca klu.
"Di Manakah Azrul??" Habis sesak stor surau dipenuhi manusia.
Menanti penuh debar; siapakah juara Ayyuhal Syabab kali ini? (dalam pada itu, hadiah untuk program Ayyuhal Syabab yang lalu turut diserahkan).
Tekun memerhati.
Semua maskot dijemput berdiri di hadapan ahli kumpulan As Syakirin yang lain.
Juara malam ini (itu: 5/5/2011)
Post-mortem berkenaan program yang telah diadakan.
Abang Azrul berucap, memberikan sedikit semangat dan nasihat bagi penambahbaikan kelab.

::SEKIAN::

No comments:

Post a Comment

Ohana :)