Friday, May 6, 2011

HaHaHaHaHaHaHaHaHaHa

Salaam/Regards,

Baiklah, baiklah, baiklah, baiklah.. semuanya sudah tertunggu-tunggu: menanti untuk mengetahui siapakah 'si dia' yang bertakhta di hati (PERGGHH!!! confirm ibu marah membaca ayat ni). Apapun, harap tiada yang kecewa [muntah hijau + merah jambu] dengan statement  yang bakal saya keluarkan. Dan tolonglah; hentikan fitnah/gosip dan sebagainya (macam artis pulak rasanya).

Siapa??


Lemme just briefly state what kind of girl she is. To be honest, dia seorang manusia yang sangat kuat; zahir dan batin. Kenal tidak lama, dan tidak pula sekejap. Kira bolehlah sudah menjawab kuiz pasal dirinya. Semua orang pandang dia tidak cantik, dan memang dia dari jenis yang biasa-biasa saja. Tiada kelebihan dari segi rupa.

Bagaimana??

Dia seorang yang faham benar dengan situasi. Suka menimbang dan mempertimbangkan keputusan yang bakal diambilnya; as if ia suatu keputusan Do or Die. Suka merujuk kepada saya semasa berada dalam kesusahan, dan tahu tidak; saya memang tidak dapat jawab kebanyakannya. Tetapi untuk setiap percubaan menolong, ada sesuatu yang saya pelajari daripada sikapnya.

Kenapa??

Dia seorang yang tipikal. Tidak suka memikirkan sangat hal orang lain dan dia menari dengan muzik gubahan tangannya sendiri. Berdikari.

Bila??

Tidak mungkin akan dapat kejar dia lagi; sudah dimenangi orang lain. Atas sebab itu, saya kekal pada prinsip sendiri selama-lamanya. Tidak mahu berfikir pasal jodoh (jadi matang sikit, OK?) kerana bagi saya, kalau ditakdirkan saya berkahwin; biarlah dengan dia.

Bukan saya bersikap egoistik, tetapi sememangnya  naluri peribadi yang mengatakan sebegitu kepada hari. Saya mau buat macamana, sudah naluri. Tetapi jujur; menipulah kalau saya kata tidak ada harapan lagi. Selalu harap agar dia berpaling (muntah pelangi). Sekurang-kurangnya senyum.

Seriusblog, dialah satu-satunya ajnabi tidak sejantina yang pertama saya rindu (kehabisan muntah). Gaya dia unik dan seronok untuk diperhatikan. Tapi lumarh sudah menuliskan; yang dicintai depan mata, jodoh seberang samudera, meaning, yang kita sayang d"=_=b tidak semestinya yang ditakdirkan untuk kita.

*tsk, tsk* *shedding tears* *bersedih* 

"Saya mesti kuat!!" bohong Yassin, pada dirinya.
Berserah saja pada Ar Rahmaan: kalau dapat dia, maka dapatlah. Doakan terbaik untuknya, itulah tanda cinta sebenar-benarnya. Sekain.. maksud saya, sekian.

11 comments:

  1. this is what we call LOVE dude. superb <3

    ReplyDelete
  2. PERGHH.. fitnah/gosip lagi tuh.. aww, is it that girl from ur previous post? comel bh c yassin.. hahhaha! jan putus asa!!!

    ReplyDelete
  3. NadJoliey: PERGHH..errr, hahaha. Bolehlah

    ReplyDelete
  4. doakan terbaik untuk dia n dalam pada masa yg sama..doakan kau jmpa perempuan yg sama perangainya dgn si dia kau~

    ReplyDelete
  5. FarahFoxy: Thanks.. saya tidak rasa akan ada semacam dia lagi

    ReplyDelete
  6. Yassin, what will be, will be.. Eh, ni ka yg nangis2 cerita prob dengan ko..? (sy rasa ko ada tulis pasal dia dalam entri2 awal2 ko.. kalau x silap laa..) kaa, org lain lagi?

    ReplyDelete
  7. PERGGHHHHHH!! ..bukanlah, orang yang sama. Tidaklah sampai nangis-nangis

    ReplyDelete
  8. aww~~ dia tau ka? I bet she doesn't even know..

    ReplyDelete
  9. Hmm... If it's for the better.. Your life, your choice.. :)

    ReplyDelete

Ohana :)