Thursday, May 5, 2011

Saya dan Aku

Salaam/Regards,

Fakta-fakta rawak mengenai diri saya, ditulis dalam masa 4 minit:

  1. Suka guna "aku" dan "saya". Bukan rendah keyakinan, cuma rasa serba-salah pada situasi.
  2. Suka melihat orang melakukan kesalahan. Rasa tidaklah ketinggalan jauh sangat.
  3. Soalan yang saya ajukan selalu yang pelik-pelik. Tidak tahu apa sebabnya.
  4. Meminati Sejarah, Biologi, Geologi, Antropologi, Marinologi, Vulkanologi, Kosmologi, Sosiologi.
  5. Suka perbincangan, tetapi perbincangan yang matang dan ada hala tuju yang nyata.. bukan sekadar tunjuk kehebatan berbicara dan kemahiran bersuara.
  6. Membenci pembenci. Kerana itulah saya sering dibenci.
  7. Suka laksa asam dan kari; minum blended red bean drink yang pekat dengan susu krimer manis.
  8. Benci keganasan. Agama Islam ajar perangi keganasan; perangi ketidakadilan.
  9. Suka sama "dia". (bhe, hotstuff)
  10. Penakut dan berani pada tempat yang salah. Kadang-kadang pukul sebelas malam pergi berus gigi pun takut.
  11. Sayang Al Qur'an dan Pemilik Al Qur'an itu sendiri.
  12. Jujur: suka bertanya pada kenyataan. "Kenapa saya mesti percaya ini?","Kenapa perlu saya menerima itu?" merupakan soalan-soalan lazim saya.
  13. Perhatikan alam adalah minat paling mahsyuk. Segala hakikat mampu kita terokai dengan pemerhatian ikhlas.
  14. Bertekad tidak mahu kahwin (meskipun fitrah kadang-kadang menerpa). Mahu berjuang membela Islam.
  15. Meminati penulisan Dr Muhamad Imarah. Kalau saya jari jadi, belikan buku karya beliau.. pasti saya sayang kamu terus.
  16. Pencinta haiwan.
  17. Suka mem"'blank"kan diri. Bila keadaan perlu, pem"blank"an diri membuka ruang kosong yang besar untuk diisi dengan ilmu baru.
  18. Mengalami sindrom Sukaus lihathemus gambarae sp.
  19. Benci bau rokok.
  20. Suka bau Ambi Pur maktabah surau.
  21. Itu saja.
  22. Serius..
  23. ...
  24. Okaylah, suka tengok wajah Emma Roberts.
  25. :)
"Jadi dirimu.. itu paling penting"

4 comments:

  1. 9.. HUURRRAAAHHHHHH... cerita yg perlu dikorek, mula2 ingat "dia" tu Dia.. tapi sudah ada di no. 11 pla.. adakah ini bermaksud, no. 9 is actually, MANUSIA..?

    ReplyDelete
  2. fact ; u have a great SMILE :)

    ReplyDelete
  3. oh, siapa: Wahaha..jauh panggang dari api. Biasa-biasa saja

    ReplyDelete

Ohana :)